Leukoplakia

oie_ghzyegtrzgaz

Tajuk artikel kita pada hari ini adalah berkenaan dengan suatu keadaan yang dikenali sebagai “leukoplakia”. Leukoplakia adalah suatu keadaan di mana terjadinya penebalan berwarna putih yang terdapat di gusi, bahagian dalam pipi, dan kadangkala lidah. Walaupun ianya tidak menyebabkan rasa sakit, leukoplakia tetap membuatkan mereka yang mengalaminya merasa terganggu.

 

Penyebab Leukoplakia

Penyebab kepada leukoplakia masih lagi belum dapat dikenalpasti. Walaupun begitu, penyebab umum kepada leukoplakia adalah berkaitan dengan keradangan yang terjadi pada membran mukosa yang terdapat di dalam mulut.

 

Faktor Pendorong Leukoplakia

Selain itu, berikut dikongsikan juga antara faktor-faktor lain yang dapat membuatkan seseorang itu mengalami leukoplakia. Antaranya ialah :

  • Tabiat suka merokok atau mengunyah tembakau
  • Kekurangan vitamin A dan B
  • Mengalami jangkitan kulat pada mulut yang tidak sembuh
  • Individu yang berusia 50 hingga 70 tahun
  • Minum minuman yang beralkohol

 

Individu Yang Berisiko

Lelaki memiliki risiko dua kali ganda lebih tinggi untuk menghidapi leukoplakia berbanding wanita. Selain itu, mereka yang memakai gigi palsu atau braces juga hendaklah lebih berhati-hati. Ini kerana, leukoplakia juga dapat terjadi sekiranya berlaku iritasi yang disebabkan oleh pergeseran dengan gigi, braces atau gigi palsu.

 

Gejala-Gejala Leukoplakia

  • Pembentukan warna putih dalam mulut
  • Permukaan warna putih yang agak keras dan kaku
  • Memiliki tekstur yang tebal dan kasar

 

Kesan Leukoplakia

Leukoplakia secara umumnya tidak menyebabkan kesan kerosakan yang serius pada tisu mulut. Leukoplakia juga akan berkurangan setelah faktor yang menyebabkan terjadinya keradangan berjaya ditanggani. Walaupun begitu, leukoplakia tetap dapat membuatkan mereka yang menghidapinya mengalami keradangan dan ketidakselesaan di dalam mulut.

 

Langkah Pencegahan Leukoplakia

  • Elakkan daripada minum minuman yang beralkohol
  • Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar
  • Berhenti atau cegah daripada merokok
  • Sering menjaga kebersihan dan kesihatan mulut

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/#q=apa+itu+leukoplakia

http://assepmp.blogspot.my/2008/01/leukoplakia.html

http://www.alodokter.com/leukoplakia

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>