Penyakit Keratitis

oie_ZJe5hpqFuWbN

Salam selasa semua, hari ini tcm nak kongsikan dengan anda mengenai sejenis penyakit yang dikenali sebagai “Keratitis”. Apa tu? Keratitis adalah suatu keadaan di mana berlakunya keradangan pada kornea mata seseorang itu. Bagi yang masih belum tahu, kornea adalah salah satu bahagian pada organ mata kita yang lut sinar (transparent) dan terletak di depan mata.

Fungsi kornea adalah sebagai pintu kepada sinar yang akan masuk terus kepada retina. Oleh itu, kornea sememangnya merupakan salah satu bahagian yang sangat penting di dalam proses penglihatan kita. Antara fungsi-fungsi lain bagi kornea adalah sebagai lapisan pelindung. Kornea yang normal kebiasaannya kelihatan lut sinar kerana ia tidak memiliki sebarang pembuluh darah.

 

Faktor Penyebab Keratitis

Keratitis dapat menyerang seseorang itu tanpa mengira jantina ataupun faktor usia. Akan tetapi, terdapat beberapa faktor penyebab yang mampu mendorong seseorang itu mengalami penyakit keratitis. Antara penyebab tersebut adalah seperti penggunaan ubat-ubatan secara sesuka hati tanpa mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

Selain itu, faktor seperti mengalami kecederaan pada bahagian kornea mata, jangkitan daripada kuman ataupun bakteria dan pemakaian kanta lekap yang terlalu lama atau kanta lekap yang tidak bersih juga mampu mendorong seseorang itu mengalami keratitis.

 

Gejala-Gejala Keratitis

Berikut merupakan beberapa gejala umum yang dapat dialami oleh penderita keratitis. Antaranya seperti :

  • Merasa panas dan pedih pada bahagian mata
  • Pandangan menjadi kabur
  • Kelopak mata sukar untuk terbuka disebabkan iritasi dan rasa sakit
  • Mata kelihatan merah
  • Sensitiviti mata terhadap cahaya semakin meningkat
  • Mata sering mengeluarkan air mata ataupun kotoran

Sekiranya anda mengalami sebarang gejala-gejala yang sama seperti di atas. Segeralah dapatkan pemeriksaan dan rawatan daripada doktor. Tindakan pantas anda di dalam merawat penyakit tersebut daripada semakin serius mampu mengelakkan anda daripada mengalami sebarang keadaan yang lebih berbahaya.

 

Komplikasi-Komplikasi Keratitis

Disebabkan betapa pentingnya peranan yang dipikul oleh kornea mata, kita hendaklah menjaganya dengan sebaik mungkin. Salah satu cara bagi menjaga kesihatan kornea mata kita adalah dengan mengelakkannya daripada mengalami sebarang kecederaan ataupun jangkitan. Sekiranya anda mengalami penyakit seperti “keratitis”, adalah penting untuk anda segera bertindak merawatnya.

Ini kerana, keratitis dapat menyebabkan pelbagai komplikasi yang berbahaya kepada diri kita. Antaranya ialah :

  • Mengalami kebutaan
  • Mengalami pembengkakan kornea
  • Berpotensi mendapat jangkitan virus kronik yang berulang pada kornea mata
  • Mengalami keradangan yang kronik pada kornea mata
  • Mengalami luka pada kornea (ulkus kornea)

 

Langkah Pencegahan Keratitis

  • Pastikan tangan anda bersih sebelum menyentuh mata atau bahagian sekitarnya
  • Buka kanta lekap anda sebelum anda tidur ataupun berenang
  • Elakkan daripada mengambil sebarang ubat-ubatan tanpa mendapatkan nasihat doktor
  • Pastikan anda tidak menggunakan kanta lekap melebihi daripada tempoh yang sepatutnya
  • Bersihkan tangan anda sebelum ingin mencuci kanta lekap anda
  • Elakkan daripada berlaku sebarang kecederaan pada kornea mata anda

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

http://www.ahlinyapenyakitmata.web.id/gejala-dan-penyebab-penyakit-mata-keratitis/

http://www.alodokter.com/keratitis

http://www.kerjanya.net/faq/6614-keratitis.html

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>