Hidradenitis Suppurativa

oie_uI6Cd19rGk8K

Salam jumaat semua. Artikel yang ingin tcm kongsikan pada hari ini adalah berkenaan dengan sejenis penyakit kulit yang dikenali sebagai “Hidradenitis Suppurativa”. Penyakit ini ditandai dengan munculnya benjolan di bawah permukaan kulit seseorang itu yang berdekatan dengan kelenjar peluh. Penyakit ini sering ditemui pada permukaan yang sering bergeseran contohnya seperti :

  • celah kangkang
  • ketiak
  • bawah payudara
  • pangkal paha

 

Penyebab Hidradenitis Suppurativa

Faktor yang menyebabkan terjadinya hidradenitis suppurativa masih belum dapat dikenalpasti. Akan tetapi, menurut kajian yang telah dijalankan, hidradenitis suppurativa terjadi ketika bahagian pada permukaan kulit yang berambut mengalami keradangan. Selain itu, faktor seperti hormon, genetik, merokok serta berat badan yang berlebihan juga mampu mendorong kepada terjadinya penyakit ini.

 

Hidradenitis suppurativa biasanya akan terbentuk pada bahagian yang berambut. Di mana kelenjar minyak dan peluh juga banyak ditemukan pada bahagian tersebut. Hidradenitis suppurativa dapat muncul pada satu atau beberapa kawasan di tubuh badan kita. Benjolan yang disebabkan oleh hidradenitis suppurativa sangat menyakitkan serta ia dapat muncul selama beberapa minggu ataupun bulan.

Pada sesetengah orang, penyakit ini akan berkembang secara progresif serta dapat menjadi semakin buruk pada sesetengah kawasan kulit.

 

Gejala-Gejala Hidradenitis Suppurativa

  • Benjolan lembut dan merah : Benjolan ini akan membesar dan pecah serta mengeluarkan nanah yang berbau busuk.
  • Benjolan yang pecah atau luka : Luka yang terjadi pada benjolan akan mengambil masa yang agak lama untuk sembuh. Ini kerana, luka tersebut akan berterusan membesar dan menyebabkan lubang pada permukaan kulit.
  • Benjolan berukuran kacang serta menyakitkan : Benjolan ini akan semakin membesar pada permukaan kulit sehingga menyebabkan terjadinya keradangan.

 

Terdapat beberapa faktor yang dapat menjadikan gejala-gejala yang dialami pesakit ini menjadi semakin buruk. Antaranya ialah seperti berat badan yang berlebihan, mengalami tekanan (stress), berpeluh yang berlebihan dari biasa serta mengalami perubahan hormon. Oleh itu, bagi mengelakkan daripada gejala yang dialami anda menjadi semakin teruk, adalah sebaiknya anda berwaspada terhadap faktor-faktor yang dinyatakan seperti diatas.

 

Faktor Pendorong Hidradenitis Suppurativa

Berikut merupakan beberapa faktor yang dapat mendorong seseorang itu mengalami penyakit ini. Antaranya ialah :

  • Keturunan
  • Jantina (wanita lebih berisiko tinggi)
  • Usia (sering terjadi pada remaja atau mereka yang berusia 20 tahun)
  • Berat berlebihan (obesiti)
  • Perokok tegar

 

Langkah Pencegahan Hidradenitis Suppurativa

  • Jaga kebersihan diri dan persekitaran
  • Mengawal berat badan agar tidak berlebihan
  • Elakkan daripada mencukur pada kawasan yang dijangkiti
  • Elakkan daripada merokok atau terhidu asap rokok
  • Elakkan penggunaan minyak wangi atau deodoran pada kawasan dijangkiti
  • Pakai pakaian yang tidak terlalu ketat

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

http://radittyashere.blogspot.my/2012/01/hidradenitis-suppurativa-peradangan.html

http://www.alodokter.com/hidradenitis-suppurativa

http://www.sehatfresh.com/hidradenitis-suppurativa/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>