Jenis-Jenis Fobia!

oie_W8MZED3eYApW

Salam Rabu semua, tajuk yang akan dikongsikan pada hari ini ialah berkenaan dengan fobia. Boleh dikatakan secara umumnya fobia ialah suatu keadaan di mana seseorang itu mengalami ketakutan berlebihan terhadap sesuatu. Terdapat pelbagai jenis fobia yang berbeza-beza yang telah dikenal pasti. Dengan mengenali jenis-jenis fobia yang dikongsikan disini, anda mungkin dapat membantu mereka yang mengalaminya.

Antara gejala-gejala yang terjadi kepada mereka yang mengalami fobia ialah mereka akan merasa panik, cemas, pening, mual-mual dan sebagainya ketika mereka berhadapan dengan sesuatu yang ditakutinya. Bagi mereka yang tidak mengalami sebarang fobia, mungkin akan merasa lucu sekiranya melihat seseorang yang berbadan besar takut kepada serangga kecil.

 

Dengan mengenali beberapa jenis fobia yang dikongsikan disini, anda mungkin dapat mengenalpasti sekiranya anda juga merupakan salah seorang yang menghidapinya. Disebabkan terdapat pelbagai jenis fobia berdasarkan situasi yang berbeza, tidak mustahil terdapat seseorang yang bahkan tidak mengetahui dirinya mungkin tergolong sebagai salah seorang yang mengalaminya.

Hal ini penting kerana, dengan mengetahui ataupun mengenalpasti apa sebenarnya yang dialami mereka, mereka mungkin boleh mendapatkan rawatan yang sesuai bagi mengubati keadaan mereka. Selain itu, mereka juga dapat memberitahu kepada ahli keluarga yang lain dan kawan-kawan agar dapat bersama-sama membantu mereka.

 

Jom Bersama-sama Kenali Jenis-Jenis Fobia :

 

Agoraphobia :

Penderita fobia jenis ini mengalami ketakutan berada di tempat di mana seseorang itu tidak boleh keluar. Ia dapat terjadi di mana-mana sahaja seperti pusat beli belah, ruang yang terbuka dan lain-lain. Secara umumnya ia dapat terjadi pada mana-mana kawasan sahaja yang dirasakan tidak selamat oleh penderita fobia ini. Sekiranya mereka berada di dalam kawasan tersebut, mereka mungkin boleh mengalami panik.

 

Ophidiophobia :

Fobia jenis ini berkaitan dengan ketakutan seseorang itu terhadap ular. Mungkin akan ada yang cakap, siapa yang tidak takut pada ular? Namun, penderita fobia jenis ini memiliki ketakutan yang melampau terhadap ular sehinggakan mereka tidak boleh melihat gambar, bunyi ataupun gerakan yang seakan-akan seperti dengan ular.

 

Cynophobia :

Fobia ini merupakan perasaan takut akan anjing. Penderita yang mengalaminya pasti akan terpaku ataupun terus berlari sekiranya terlihat anjing. Antara faktor yang mungkin dapat membuatkan seseorang itu mengalami fobia ini ialah kemungkinan pernah mengalami trauma yang berkaitan dengan anjing.

 

Acrophobia :

Fobia ini sering didengar kita semua iaitu berkenaan dengan seseorang yang mengalami ketakutan kepada ketinggian. Ianya juga merupakan fobia yang paling umum sekali yang sering terjadi. Mereka yang menderita fobia jenis ini akan berasa cemas sekiranya mereka berada di tempat-tempat yang tinggi.

 

Ailurophobia :

Bagi peminat haiwan yang bernama kucing pasti akan pelik dengan fobia ini. Ini kerana mereka yang menghidapi fobia ini akan merasa terlalu takut dengan kucing. Sekiranya ada kucing yang datang kepada mereka, pasti mereka akan berlari seperti ternampak harimau.

 

Berikut merupakan beberapa jenis fobia yang telahpun kita kenalpasti. Dengan mengetahui jenis-jenis fobia serta maklumat berkenaannya kita mungkin dapat membantu mereka yang mengalaminya dengan memberikan sokongan serta mendapatkan rawatan buat mereka.

Tiada perkara yang lebih susah melainkan terpaksa mengharungi sesuatu perkara bersendirian. Dengan sokongan daripada ahli keluarga, penderita fobia pasti akan lebih mudah untuk sembuh.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>