Brucellosis

oie_XnlKFLdSZFQS

Salam sejahtera buat semua para pembaca. Seperti biasa, hari ini tcm akan kongsikan berkenaan dengan sejenis penyakit buat pengetahuan kita bersama. Penyakit tersebut dikenali sebagai “Brucellosis”. Penyakit ini merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh bakteria yang pada mulanya berasal daripada haiwan dan seterusnya menjangkiti manusia.

Walaupun brucellosis merupakan sejenis penyakit yang berjangkit daripada haiwan kepada manusia, namun sangat jarang berlaku kes yang merebak daripada manusia kepada manusia yang lainnya. Meskipun begitu, ianya tidaklah mustahil kerana brucellosis masih lagi berpotensi untuk merebak daripada manusia kepada manusia lainnya melalui :

  1. Air susu ibu
  2. Hubungan seksual
  3. Pemindahan sumsum tulang yang telah dijangkiti
  4. Pemindahan darah

 

Seperti yang telah kita baca tadi, ianya berpunca daripada sejenis bakteria. Bakteria tersebut dikenali dengan nama “Brucella”. Tanda utama yang boleh dikenal pasti daripada penyakit ini ialah melalui deman yang turun naik. Mereka yang berisiko tinggi di dalam menghidapi penyakit ini ialah mereka yang bekerja dengan haiwan seperti tukang gunting bulu kambing biri-biri dan lain-lain.

Bagaimana bakteria dapat menjangkiti kita? Salah satu caranya adalah dengan masuk melalui kesan luka yang terdapat pada kulit kita. Secara umumnya, seseorang itu akan mula menunjukkan gejala-gejala yang dialami mereka setelah dijangkiti bakteria ini. Tempoh bagi seseorang itu mengalami gejalanya setelah mendapat jangkitan ialah kebiasaannya sekitar dua minggu.

 

Gejala-Gejala Brucellosis

oie_Gjp5f5dRt3Wf

  • Demam (Suhu tinggi pada waktu malam)
  • Hilang selera makan
  • Sering berpeluh
  • Berat badan menurun
  • Sakit otot dan sendi
  • Sakit kepala
  • Merasa pening-pening

 

3 Cara Penyebaran Brucellosis

1. Sentuhan secara langsung : Terdapat bakteria pada darah, cairan sperma, plasenta haiwan yang dijangkiti masuk melalui luka yang dimiliki seseorang itu.

2. Produk susu mentah : Melalui makanan atau minuman yang diperbuat daripada susu mentah atau daging haiwan yang telah pun dijangkiti bakteria brucella.

3. Udara : Selain daripada dua medium diatas, bakteria brucella juga mampu tersebar melalui udara dan menjangkiti mereka yang menghirup udara yang tercemar tersebut,

 

Kesan bahaya Brucellosis

stop-clipart-stop-md

  • Atritis : Jangkitan persendian yang ditandai dengan rasa sakit dan kaku serta terjadi pembengkakan pada sendi.
  • Endokarditis : Mampu merosakkan lapisan dinding jantung dan menyebabkan kematian.
  • Jangkitan sistem saraf pusat : seperti meningitis dan ensefalitis.
  • Pembengkakan hati
  • Jangkitan peradangan testis : Menyebabkan rasa sakit dan mengalami pembengkakan.

 

Langkah Pencegahan

  • Melakukan vaksinasi pada haiwan agar terbebas daripada jangkitan brucellosis
  • Elakkan daripada memakan makanan yang dikhuatiri kebersihannya
  • Pastikan anda memakai sarung tangan ketika berinteraksi dengan haiwan terutamanya ketika anda mempunyai luka pada kulit
  • Elakkan daripada melawat ke kawasan di mana bakteria brucella banyak ditemui
  • Mengambil langkah berjaga-jaga yang lebih sekiranya anda terlibat dengan pekerjaan seperti pemotongan daging haiwan dan penternakan.
  • Pastikan daging yang dimasak masak sepenuhnya

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>