Ketumbuhan (Tumor)

oie_2S3imDkYT4jj

Ketumbuhan atau lebih dikenali sebagai “tumor” (dari perkataan Latin tumor “bengkak”) adalah suatu bentuk “ketulan” atau “pertumbuhan” tisu yang tumbuh daripada  sel-sel luar biasa. Terdapat pelbagai jenis tumor yang telah dikenal pasti. Namun, secara umumnya tumor dapat dikategorikan kepada dua jenis. Yang pertama adalah benign tumor dan yang kedua pula adalah malignant tumor. Benign tumor secara umumnya dianggap sebagai sejenis tumor yang tidak berbahaya. Walaupun begitu, ia masih dapat berkembang dan boleh merosakan jaringan saraf atau organ yang berada berdekatan dengannya.

 

Malignant tumor :

Malignant tumor cenderung untuk membesar dengan cepat, dan boleh merebak ke dalam tisu serta organ-organ yang berada berdekatan dengannya serta boleh menyebabkan kerosakan. Pada asalnya ia dikenali sebagai ketumbuhan Utama. Namun, apabila ketumbuhan malignant merebak ke bahagian lain di dalam badan dan seterusnya membentuk ketumbuhan “menengah” (metastases). Ketumbuhan menengah ini kemudiannya tumbuh dan akan menular pada tisu-tisu yang berdekatan.

Benign tumor :

Ketumbuhan ini mungkin berpotensi untuk terbentuk di pelbagai bahagian badan. Ketumbuhan ini merebak dengan perlahan serta tidak menyerang tisu kita. Adalah tidak bahaya sekiranya ketumbuhan ini dibiarkan sahaja. Akan tetapi, ketumbuhan ini juga mampu mendatangkan masalah. Sekiranya ia tumbuh pada saiz yang agak besar, ia boleh menyebabkan gejala seperti pengeluaran hormon pada sel-sel kelenjer yang boleh membuatkan kita tertekan dan menimbulkan masalah yang tidak diingini.

oie_y7tU181UU3k4

Penyebab2 Tumor :

  1. Minum alkohol yang berlebihan
  2. Obesiti
  3. Masalah genetik
  4. Radiasi
  5. Terdedah kepada sinaran matahari yang berlebihan
  6. Bahan kimia, pengawet(formalin)

 

Tanda2 Amaran Barah :

  1. Ketulan pada buah dada
  2. Ketuat yang semakin membesar (menjadi hitam dan berdarah)
  3. Kudis yang tidak sembuh selepas beberapa minggu
  4. Sukar untuk menelan makanan
  5. Air kencing berdarah
  6. Sakit tekak dan batuk yang berpanjangan
  7. Pendarahan pada vagina yang luar biasa (terutama di antara tempoh haid)
  8. Masalah tidak hadam serta hilang selera makan

 

Informasi Kesihatan Melalui Rawatan Alteratif

 

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

60

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>