Penyakit Mata Pterygium
Mata sememangnya suatu anugerah yang sangat berharga buat kita. Mata memainkan peranan yang besar di dalam kehidupan kita seperti menentukan arah tuju kita sewaktu berjalan, menimba ilmu pengetahuan melalui bacaan dan pelbagai lagi. Disebabkan itu, hari ini tcm nak kongsikan dengan anda semua mengenai sejenis penyakit mata yang dikenali sebagai pterygium.
Apa itu Pterygium?
Pterygium adalah suatu keadaan mata yang ditandai dengan tumbuhnya selaput yang menutupi bahagian putih pada bebola mata seseorang itu. Ianya dapat terjadi pada sebelah ataupun kedua-dua belah mata sekaligus. Bahaya ke? Penyakit ini tidaklah berbahaya, akan tetapi sekiranya tidak ditanggani dengan cara yang betul, pterygium mampu merebak sehingga ke kornea mata.
Sekiranya hal ini terjadi, pterygium mampu mengganggu penglihatan penderitanya.
Gejala-Gejala Pterygium
Secara umumnya, gejala yang ditunjukkan oleh pterygium adalah seperti selaput nipis yang terdapat pada bahagian bebola putih mata. Walaupun begitu, penderita pterygium juga kadang-kala mengalami gejala-gejala tambahan lainnya seperti :
- Pandangan menjadi tidak jelas atau kabur
- Mata mengalami iritasi dan menjadi merah serta terasa gatal, pedih
- Mata terasa kering
- Mata berair
- Terasa seperti terdapat benda asing di dalam mata
Penyebab Pterygium
Faktor yang menyebabkan penyakit ini terjadi masih lagi belum dapat dikenalpasti. Akan tetapi, terdapat beberapa faktor yang telah dikenal pasti yang mungkin berpotensi di dalam mendorong kepada berlakunya penyakit ini. Antaranya ialah melalui pendedahan mata secara berterusan kepada :
- Serbuk
- Pasir
- Habuk
- Asap
- Angin
Selain itu, kajian juga mendapati lelaki yang berumur di dalam lingkungan 20-50 an lebih berpotensi tinggi untuk menghidapi pterygium berbanding wanita.
Langkah-langkah Pencegahan Pterygium
- Menggunakan ubat titis mata yang disarankan oleh doktor
- Sering melakukan pemeriksaan mata secara berkala bagi mengetahui kesihatan mata anda
- Menggunakan kaca mata hitam atau topi yang lebar ketika melakukan sebarang aktiviti di bawah cahaya matahari yang terik
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html
Rujukan
http://www.ahlinyapenyakitmata.web.id/gejala-dan-penyebab-mata-pterigium/
http://www.alodokter.com/pterygium
http://doktersehat.com/sekilas-tentang-pterygium/
Perkongsian yang menarikkk