JEREBU!!!

oie_6nuu8JHvXnkX

Sejak beberapa hari yang lalu, masalah jerebu yang teruk berlaku di beberapa buah negeri di serata tempat di seluruh Malaysia. Masalah ini juga turut dialami oleh negara jiran kita iaitu Singapura. Hal ini semakin membimbangkan apabila kadar IPU telah meningkat sehingga melepasi kadar yang tidak sihat. Okey, apa itu “IPU”? Perkataan “IPU” adalah singkatan daripada “Indeks Pencemaran Udara”.

IPU merupakan satu cara bagi menentukan tahap kualiti udara di Malaysia. IPU dikira daripada beberapa set data berkenaan pencemaran udara termasuk mengukur jumlah karbon monoksida, ozon, nitrogen dioksida dan sulfur dioksida di dalam atmosfera. Data IPU terkini di Malaysia boleh didapati di SINI!. Apakah sebenarnya yang dinamakan jerebu?

topeng

Jerebu adalah satu fenomena di mana, terdapat banyak kewujudan partikel-partikel kecil yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar dan seterusnya terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia itu sendiri. Perkara ini menjadi semakin serius apabila partikel-partikel tersebut menjadi semakin banyak dan berkelompok dan seterusnya mampu menyebabkan terhalangnya pancaran cahaya matahari ke bumi serta menyebabkan masalah pernafasan.

Berikut di bawah merupakan Carta Nilai IPU beserta kesannya terhadap kesihatan kita.

ipu

 

Gejala2 Terdedah Jerebu:

anger_emoticon_by_oseike

  • Kesukaran untuk bernafas
  • Hidung tersumbat
  • Iritasi kerongkong
  • Batuk-batuk
  • Iritasi mata serta mata merah
  • Kulit terasa gatal

 

Langkah2 Mengatasi Jerebu:

funny-weird-strange-creative-face-masks-Fight-against-sandstorms-1

  • Banyakkan minum air kosong
  • Elakkan daripada selalu keluar rumah
  • Tutup semua pintu rumah serta tingkap
  • Pakai topeng muka yang mempunyai penuras sekiranya terpaksa keluar
  • Kurangkan penggunaan kenderaan terutamanya motosikal
  • Sediakan ubat sekiranya mempunyai penyakit pernafasan
  • Menukarkan mode air-cond kereta ke mode udara kitaran dalaman

 

Kesan jerebu yang berpanjangan dapat mendatangkan kesan yang buruk terhadap semua orang. Antara golongan yang berisiko tinggi adalah kanak-kanak, orang tua, perokok, mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat serta mereka yang mengalami penyakit seperti asma, bronkitis, radang paru-paru, penyakit paru-paru yang kronik, sakit jantung serta alahan.  Sekiranya anda tergolong di dalam golongan di atas, anda hendaklah lebih berhati-hati dan pastikan anda mengambil semua langkah keselamatan bagi menghadapi masalah jerebu agar kesihatan anda terjaga.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>