Penyakit Hemangioma

oie_wt3G6oknJ1Yc

Tajuk yang akan dikongsikan pada hari ini ialah berkenaan dengan sejenis penyakit kanser benign. Penyakit tersebut dikenali sebagai penyakit hemangioma. Hemangioma dapat terjadi disebabkan oleh berlakunya pertumbuhan saluran darah yang tidak normal. Hemangioma kebiasaannya dapat ditemui pada kulit ataupun pada organ-organ yang terdapat di dalam tubuh badan seperti hati.

Oleh kerana salah satu sifat penyakit ini yang turun temurun, bayi yang masih di dalam kandungan juga berpotensi mengalami penyakit ini. Hemangioma dapat muncul pada mana-mana bahagian tubuh badan seseorang itu. Akan tetapi, antara kawasan-kawasan yang hemangioma sering terjadi adalah seperti kulit kepala, punggung, dada dan wajah.

 

Ciri-Ciri Hemangioma

Apakah ciri-ciri yang ditunjukkan oleh hemangioma? Ciri-ciri yang ditunjukkan penyakit hemangioma adalah seperti terbentuknya benjolan yang anjal dan berwarna merah cerah pada kulit seseorang itu. Selain itu, hemangioma juga dapat membuatkan warna kulit kelihatan biru ataupun ungu sekiranya hemangioma muncul pada lapisan kulit yang lebih dalam.

Adakah hemangioma itu merupakan tanda lahir? Anda mungkin akan tertanya-tanya soalan seperti ini disebabkan ciri-ciri hemangioma yang kelihatan seakan-akan tanda lahir. Sama seperti hemangioma, tanda lahir dapat membuatkan kulit seseorang itu berwarna merah ataupun biru.

Akan tetapi, perkara yang membezakannya ialah permukaan tanda lahir berbentuk rata dan tidak timbul sebarang benjolan.

 

Gejala-Gejala Hemangioma

Berikut disenaraikan beberapa gejala umum yang kebiasaannya di alami oleh penderita hemangioma. Antaranya ialah :

  • Muntah-muntah
  • Hilang selera makan
  • Berat badan semakin berkurangan
  • Sering pening-pening
  • Perut menjadi kembung

 

Langkah Mengenalpasti Hemangioma

Hemangioma yang terjadi pada kulit seseorang itu, dapat dikenal pasti oleh doktor melalui penglihatan daripada bentuk fizikal dan kelainan warna pada kulit penderita hemangioma. Bagi hemangioma yang terdapat di dalam organ pula, kebiasaannya dapat dikenalpasti dengan menggunakan alatan seperti sinaran ultrasonik, MRI ataupun CT Scan.

Walaupun hemangioma bukanlah sejenis penyakit yang berbahaya, hinggakan pada sesetengah kes hemangioma mampu untuk hilang dengan sendirinya. Tcm tetap sarankan, adalah lebih baik untuk anda pergi mendapatkan pemeriksaan dan juga rawatan daripada doktor sekiranya anda mengalami ataupun berpotensi mengalami penyakit ini.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

http://www.alodokter.com/hemangioma

http://www.penyebab-penyakit.org/2015/01/mengenal-penyebab-penyakit-hemangioma.html

http://bidanku.com/hemangioma-pada-anak-apakah-berbahaya

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>