Penyakit Prosopagnosia

oie_ifSkyeofI6X1

Tcm nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2018 kepada semua yang membaca. Semoga kehidupan kita pada tahun ini lebih baik dan sihat dari tahun sebelumnya. Ok, jom teruskan bacaan kita berkenaan artikel hari ini. Artikel pada kali ini akan kongsikan mengenai sejenis penyakit yang agak unik. Penyakit tersebut dikenali sebagai Penyakit Prosopagnosia.

Prosopagnosia atau juga dikenali sebagai face blindness merupakan sejenis penyakit yang menyebabkan pesakit tidak dapat mengenalpasti wajah orang disekelilingnya, termasuk wajahnya sendiri. Walaupun begitu, pesakit masih dapat mengenal pasti seseorang itu dengan cara mendengar percakapan mereka, menyentuh atau melihat bagaimana cara mereka bergerak.

 

Tiga Jenis Prosopagnosia

1. Prosopagnosia Aperseptif

Menunjukkan kelainan sistem pengenalan wajah pada otak pesakit sehingga pesakit langsung tidak dapat membezakan wajah, usia dan jantina seseorang itu.

2. Prosopagnosia Asosiatif

Menunjukkan adanya ketidaksamaan antara proses pengenalan wajah pada otak dan proses pengecaman maklumat dari ingatan pesakit. Walaupun pesakit dapat membezakan wajah, akan tetapi mereka tidak dapat mengingat nama, pekerjaan atau maklumat lain mengenai individu tersebut. Antara nama lain bagi prosopagnosia asosiatif ialah prosopagnosia amnestic.

3. Prosopagnosia Developmental

Merupakan prosopagnosia keturunan dengan  tahap ketidakmampuan mengenalpasti wajah  yang berbeza dengan aperseptif dan asosiatif. Bagi prosopagnosia jenis ini, pesakit mampu membezakan wajah seseorang itu namun mereka tidak mampu untuk mengingatnya untuk waktu yang lama.

 

Penyebab Prosopagnosia

Keadaan penyakit prosopagnosia biasanya dapat disebabkan oleh berlakunya kerosakan otak akut yang khususnya berkaitan dengan fusyform gyrus. Fusyform gyrus merupakan salah satu bahagian otak yang berhubung dengan prosopagnosia. Selain itu, penyakit ini juga turut dikaitkan dengan pengaruh faktor keturunan.

Antara sebab-sebab lain adalah seperti trauma, stroke, penyakit degenerasi saraf dan tidak berkaitan dengan hilang ingatan, ketidakmampuan belajar dan melihat.

 

Kesan Penyakit Prosopagnosia

Pesakit prosopagnosia biasanya akan menjadi seseorang yang dipulaukan kerana orang disekelilingnya menganggap mereka sombong kerana tidak mampu untuk mengenal seseorang meskipun mereka sering berjumpa dengan orang tersebut. Hal ini pasti memberi kesan yang besar terhadap pesakit itu sendiri. Ini kerana, mereka juga tidak faham kenapa mereka sukar untuk mengenali wajah seseorang.

Perkara itu seterusnya membuatkan pesakit mengelak daripada berinteraksi dengan orang lain. Sekiranya anda seorang pesakit ini, tcm sarankan berjumpalah dengan doktor bagi membincangkan masalah anda. Selain itu, anda juga boleh memaklumkan keadaan anda pada keluarga dan kawan-kawan terdekat anda supaya mereka lebih memahami keadaan anda.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

http://doktersehat.com/bahaya-mengintai-si-pelupa/

https://id.wikipedia.org/wiki/Prosopagnosia

http://rsudunda.com/?p=82

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>