Penyakit Sciatica
Merdeka! Okay dah lepas, apa pun tcm nak ucapkan Selamat Hari Kebangsaan Kali ke-61 kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga negara kita semakin maju, aman dan berjaya. Artikel kali ini tcm nak kongsikan dengan anda semua mengenai sejenis penyakit yang dikenali sebagai sciatica. Sciatica secara umumnya merasa sakit, lemah, tegang (cekang) atau berdenyut-denyut di bahagian belakang kaki termasuk belakang peha dan betis.
Penyakit ini kebiasaannya dialami oleh mereka yang telah lanjut usia, pesakit diabetes kronik, dan individu yang mengalami masalah obesiti (berat badan berlebihan).
Gejala-Gejala Sciatica
- Rasa sakit, kebas, lemah otot pada bahagian pinggang ke bawah dan pada belakang kaki.
- Merasa semakin sakit ketika berjalan, duduk lama, bersin dan biasanya tidak rasa sakit sekiranya mereka berbaring
- Biasanya hanya dialami pada sebelah kaki sahaja
- Merasa sukar untuk berjalan
Penyebab Penyakit Sciatica
Penyakit ini disebabkan oleh kecederaan yang terjadi pada bahagian saraf sciatica. Saraf tersebut mungkin mengalami kecederaan atau kerosakan atau ia mungkin tertekan-tekan hingga mendatangkan rasa sakit buat pesakit. Untuk pengetahuan anda semua, saraf sciatica merupakan saraf yang paling besar dan panjang yang terdapat di dalam tubuh badan kita.
Ia terletak pada bahagian bawah tulang pinggul hingga ke bawah peha. Ia dilindungi oleh otot yang menggerakkan tulang peha.
Fungsi Saraf Sciatica
Membolehkan pinggul, peha dan kaki bergerak secara seiring dan boleh dilentur.
Risiko Pendorong Sciatica
Terdapat beberapa faktor yang dapat mendorong kepada terjadinya sciatica. Antaranya adalah seperti :
- Umur : Keadaan tulang belakang yang menua merupakan penyebab umum kepada sciatica
- Obesiti : Berat badan yang berlebihan dapat meningkatkan tekanan terhadap tulang belakang hingga berlakunya sciatica
- Diabetes : Pesakit diabetes mempunyai potensi menghidapi penyakit saraf lebih tinggi berbanding individu lain
- Posisi : Duduk terlalu lama dan tidak bergerak dapat meningkatkan risiko seseorang itu mengalami sciatica
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html
Rujukan
https://www.google.com/search?q=penyakit+scatica
https://hellosehat.com/penyakit/sciatica/
http://sihat2013.blogspot.com/2015/10/v-behaviorurldefaultvmlo.html