Age Related Macular Degeneration (ARMD)

oie_j2RJftmJq45G

Age Related Macular Degeneration (ARMD) adalah sejenis penyakit yang merosakkan penglihatan mata sentral seseorang itu. Ianya juga disebut sebagai AMD. Penyakit ini juga merosakkan makula (Satu bahagian kecil yang terdapat di bahagian retina di dalam bola mata). Fungsi makula adalah sebagai membezakan warna dan membuatkan kita melihat sesuatu itu dengan lebih jelas. Penglihatan sentral pula amatlah penting bagi kita di dalam melakukan aktiviti-aktiviti seperti membaca buku, menunggang motosikal serta mengenali wajah seseorang dll. ARMD boleh dikatakan sering berlaku setelah seseorang itu mencapai usia 50 tahun dan ke atas. ARMD tidak mengganggu penglihatan tepi seseorang itu, tetapi risikonya akan semakin bertambah seiring dengan bertambahnya usia seseorang itu.

 

Terdapat 2 Jenis ARMD :

  1. Jenis ARMD Kering – Sel-sel sensitif cahaya pada makula atau fotoreseptor mengalami kerosakan secara perlahan-lahan dan seterusnya menyebabkan penglihatan sentral pada mata kelihatan menjadi kabur sedikit demi sedikit. ARMD jenis ini adalah paling umum berlaku, kira-kira sebanyak 90%.
  2. Jenis ARMD Basah – Berlakunya pertumbuhan abnormal pembuluh darah di dalam retina, dan seterusnya menyebabkan berlakunya resapan darah dan zat protein ke dalam retina pada kawasan makula. Apabila pendarahan terjadi di retina mata, kekaburan penglihatan akan semakin bertambah. Perkara ini seterusnya akan merosakkan makula dan akhirnya menyebabkan kehilangan penglihatan. ARMD jenis ini adalah jenis yang jarang ditemui.

 

Bagi sesetengah pesakit, ARMD basah adalah lanjutan daripada ARMD kering. Akan tetapi, tidak semua ARMD kering berlanjutan sehingga ARMD basah.

 

Antara Gejala2 ARMD :

  1. Sensitif terhadap cahaya
  2. Penglihatan kurang jelas
  3. Kepekaan kontras menurun
  4. Melihat sesuatu benda lebih kecil daripada saiz asalnya
  5. Halusinasi pada peringkat yang serius
  6. Penglihatan kawasan tengah menjadi kabur( Walaupun kawasan tepi masih jelas)

 

Antara Faktor2 ARMD :

  1. Faktor genetik
  2. Faktor usia
  3. Faktor merokok
  4. Faktor nutrisi
  5. Faktor keturunan
  6. Faktor tekanan

 

Bagi mereka di luar sana yang sedang dibelenggu masalah kesihatan. Saya sangat2 mencadangkan anda untuk berkunjung ke The Tole Acupuncture Herbal-Medical Center. Di sana, mereka merawat pelbagai jenis penyakit dengan menggunakan teknik rawatan alternatif yang amat terbukti keberkesanannya di seluruh dunia. Ianya adalah sebuah pusat perubatan yang diasaskan oleh Master Tole. Seorang yang berasal daripada keluarga yang mengamalkan ilmu perubatan dan merupakan generasi keempat yang telah mempraktikkan rawatan herba yang bertempat di Kuala Lumpur selama 140 tahun. Dikatakan beliau mempunyai kehebatan yang tidak dapat disangkal lagi di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit.

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

oie_3161540RHyJXZzB

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>