Kenali Epistaxis

oie_yusnq9dqmvkj

Hai semua, ramai diantara kita yang tahu akan masalah hidung berdarah. Walaupun begitu, tidak ramai yang tahu akan istilah yang digunakan bagi menggambarkan masalah ini. Oleh itu, artikel yang tcm ingin kongsikan bersama anda pada hari ini adalah berkenaan dengan “epistaxis”. Apa tu? ha, kan dah cakap ramai yang tak tahu.

 

Epistaxis atau epistaksis merupakan suatu istilah yang digunakan bagi menggambarkan masalah hidung berdarah. Darah dapat keluar daripada salah satu atau kedua-dua hidung seseorang itu dengan jangka masa yang berbeza-beza. Pada sesetengah orang, epistaxis dapat terjadi selama beberapa saat sahaja.

Akan tetapi, terdapat juga yang mengalaminya lebih daripada lima minit. Walupun begitu, anda tidaklah perlu risau kerana, epistaxis merupakan keadaan umum yang sering terjadi pada seseorang itu dan biasanya ia tidak mengancam nyawa.

 

Gejala-Gejala Epistaxis

Walaupun epistaxis tidak berbahaya, namun kadangkala ia mampu menjadi petanda kepada penyakit serius yang mungkin dihidapi anda. Jadi, jom tcm kongsikan gejala-gejala bagi epistaxis.

  • Hidung berdarah lebih dari sekali dalam seminggu
  • Degupan jantung yang tidak teratur
  • Muntah darah kerana tertelan banyak darah
  • Sukar untuk bernafas
  • Kulit menjadi pucat
  • Disertai pendarahan pada bahagian lain seperti gusi

 

Pendarahan yang terjadi pada hidung seseorang itu dapat dikategorikan kepada dua jenis. Pertama ialah “Anterior”, iaitu pada bahagian depan. Jenis yang pertama ini merupakan antara kes yang paling sering sekali terjadi. Jenis yang kedua pula ialah “Posterior” iaitu pada bahagian belakang. Selain daripada dua jenis tersebut, pada sesetengah kes, pendarahan juga boleh berasal daripada sinus dan mata.

Mesti anda tertanya-tanya bukan, apakah sebenarnya yang membuakan seseorang itu mengalami epistaxis? Jom kita tengok di bawah.

 

Faktor Penyebab Epistaxis

Epistaxis dapat disebabkan oleh pelbagai faktor. Antaranya adalah seperti :

  • Penggunaan ubat-ubatan terlarang seperti penyalahgunaan dadah
  • Lapisan dalam hidung yang kering membuatkannya mudah terluka dan mendapat jangkitan
  • Keradangan yang disebabkan oleh bahan kimia seperti amonia
  • Mempunyai tumor pada rongga hidung
  • Mempunyai kelainan di dalam proses pembekuan darah seperti hemofilia
  • Resdung akut atau kronik

 

Tips Buat Penderita Epistaxis

Terdapat 4 tips yang ingin tcm kongsikan buat anda yang mengalami epistaxis. Pertama, sekiranya anda mengalami hidung berdarah, elakkan daripada darah masuk kedalam mulut kerana ia dapat membuatkan seseorang itu muntah. Kedua, pastikan juga anda mencondongkan badan kedepan supaya darah dapat keluar melalui hidung dan bukan masuk ke dalam tekak.

Ketiga, pastikan posisi anda dalam keadaan duduk tegak dan tidak berbaring. Posisi duduk dapat mengurangkan tekanan pada pembuluh darah hidung hingga mampu menghentikan pendarahan. Tips yang terakhir sekali, berikan tekanan pada sumber pendarahan seperti memicit hidung selama sepuluh minit sambil bernafas menggunakan mulut.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

http://goldazone86.blogspot.my/2011/06/apa-itu-epistaxis.html

http://www.alodokter.com/mimisan

https://koranindonesiasehat.wordpress.com/2009/12/14/hidung-berdarah-epistaksisepistaxis-atau-mimisan/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>