Charlie..! Lari!!!

oie_sQ5Ok6DTnKds

“CHARLIE!!!!” satu nama yang amat bersejarah buat TCM. Bagi mereka yang pernah bergurau senda bersama charlie ini, pasti kan mengerti. huhuhuhu Disebabkan kesannya yang agak bahaya, TCM merasa ada baiknya sekiranya dapat kongsikan serba sedikit berkenaan dengan serangga charlie ini. :) Baiklah, bagi mereka yang masih belum berkenalan dengan charlie ni, mari kita baca biodata dia sikit. :P

 

oie_cbV0MVODtpnM

Nama Am               : Kumbang Rove
Nama Saintifik      : Class  : Insecta
Order                        : Coleoptera
Family                      : Staphylinidae
Species                     : Paederus Fuscipes Curtis
Nama Tempatan   : Semut Senai, Semut Kayap, “CHARLIE!!” dll
Bilangan Spesies  : Dianggarkan sekitar 47 000 spesies

 

Amacam? Terbelit lidah jugak nak baca biodata mamat charlie ni kan. Nak tahu apa yang sangat berbahaya pada serangga ni? Di dalam badan (kecuali sayap) serangga charlie ni, terdapat cecair hemolimf yang mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenali sebagai “pederin”  (C24 H43 O9 N). Ia dinamakan dalam tahun 1953. Ia juga mempunyai tahap keracunan 12 kali ganda lebih tinggi daripada venom ular tedung.

Walau setelah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun, charlie masih lagi mempunyai ketoksinannya. Sentuhan secara langsung dengan serangga ini semasa bergerak ataupun tidur, menghancurkannya pada badan, menggosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk dikenali sebagai “dermatitis linearis”.

 

Habitat & Tabiat Pemakanan Charlie

oie_kosDp75uLPhm

Serangga ini boleh ditemui di kawasan sawah padi, padang sekolah, rumput-rumput dll. Ia merupakan serangga karnivor dan memakan lain-lain serangga yang lebih kecil. Ia merupakan serangga yang memainkan peranan penting dalam kawalan biologi untuk mengawal serangga perosak padi. Semasa hujan lebat atau banjir, serangga ini akan berhijrah ke kawasan yang lebih kering.

 

Langkah2 Menghindari Charlie

oie_wFDlS1lgzvc6

  • Tutup dan kurangkan penggunaan lampu. (Kerana serangga ini tertarik pada cahaya pada waktu malam)
  • Gunakan jaringan nyamuk yang halus, semburan aerosol serangga ( kurang berkesan ), perangkap berpelekat.
  • Jangan duduk berhampiran cahaya lampu
  • Tutup semua pintu dan tingkap sebelum tidur ( seeloknya sebelum waktu maghrib )

 

Langkah2 berhadapan dengan Charlie!!

oie_LiX3jKU9K9dN

  • Sekiranya anda tersentuh dengan serangga ini, segera cuci bahagian yang terlibat dengan sabun dan air.
  • Jangan memukul atau membunuhnya sekiranya anda mendapati serangga ini di atas kulit anda. Seeloknya anda hanya tiup serangga tersebut bagi mengelakkan sebarang cecair yang terdapat di dalam serangga tersebut terkena ke atas kulit anda.
  • Sekiranya anda mengalami reaksi kulit yang teruk, hendaklah segera mendapatkan rawatan.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>