Tips Untuk Hilangkan Stress

Hye :)

Wohh~ hmm saya nak tnye, anda pernah mengalami stress atau tekanan?  Kalau tak pernah baguslah. Anda tak pernah sebab korang bahagia dengan hidup korang kot..!! ahh tipula.. mane ade manusia tak pernah alami stress kan..

Okey kali ini saya akan berkongsi beberapa tips atau petua untuk menghilangkan stress. Selepas baca anda boleh sharing plak kat kengkawan lain ya.. hambikk la, free jerk..!! :)

Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

  • Selalu kita terdengar bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan akan terus dilupai jika kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan kita. Situasi mungkin akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga bersama-sama keluar beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan lebih kukuh lagi.

Amalan diet dengan disiplin yang kuat

  • Pengambilan makanan yang yang tidak seimbang juag merupakan salah satu factor yang kaan menyebabkan tekanan. Oleh yang demikian cara untuk mengelakkan tekanan adalah dengan mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal  akan menyebabkan masalah obesity dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi , kencing manis dan sebagainya.

Hargai kebolehan diri

  • Setiap manusia harus mempunyai keyakinan diri.  Apabila kita semua mempunyai keyakinan diri, kengkawan kita tidak mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan tanpa stress. Apa yang paling penting ialah, kita mestilah menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

Mendengar muzik

  • Sebenarnya tips nie memang bagus dan sesuai untuk hilangkan stress yang biasa. Dengar muzik dan cuba ambil masa anda sendirian dengan menghayati nadanya. Dengarlah sepuas-puasnya sampai korang puas.. sampai pekak pun boleh..

Berkongsi masalah dengan rakan karib

  • Cara ini sangat efektif bagi saya. Luahkan masalah korang  dan mintalah pendapat positif dari mereka. Mungkin masalah korang akan dapat jalan penyelesaiannya.

Istirehat yang cukup

  • Melakukan istirehat yang cukup jangan sampai ada kekurangan tidur kerana dengan tidur yang cukup akan membantu anda merasa segar dan menjadi produktif terhadap sesuatu pekerjaan dan aktiviti anda. Keadaan ini akan membantu mengosongkan fikiran dan pencapaian objektif dalam menganalisa sesuatu masalah akan tercapai.

Oraitzz kengkawan semua..

Sekarang saya nak tunjuk  pula kepada anda beberapa langkah senaman  jika anda stress..

okey sebelum tu jomm ajak sume kawan satu opis, kawan serumah, kawan makan, kawan tidur, untuk joint sekaki yaa…hehe :)

Ok, dah ready? Lets do it! First, sila bangun sekarang! Kita nak mulakan senaman.

LANGKAH 1

Ini adalah ala taichi sikit la… sebagai permulaan untuk memanaskan badan..

LANGKAH 2

Tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher anda..

LANGKAH 3

 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress

wa..wa..aaa

LANGKAH 4

Gerak kekanan kemudian ke kiri..

 

LANGKAH 5

Gerak ke kiri kemudian ke kanan. Ikut sahajalah… jangan terpusing kepala sudah la..

 

LANGKAH 6

Tepuk kuat kuat kat dahi.. Ini untuk menghilangkan mengantuk..

 

LANGKAH 7

Selepas itu buat gerakan tangan dan badan… buat macam gembira je..

 

LANGKAH 8

Kemudian goyang-goyangkan kaki dan badan sedikit… Lakukan seperti kita tiada masalah…

 

LANGKAH 9

Lakukan secara agresif pula… Jangan peduli apa orang lain kata..

 

LANGKAH 10

Hilangkan semua tekanan…

 

LANGKAH 11

pusingkan kepala…

 

LANGKAH 12

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

 

LANGKAH 13

Akhir sekali lakukan joget kucing…

 

Sekian.. SELAMAT MENCUBA!

pasnie boleyh sharing kat kawan2 lain plak taw..

Kalau anda masih lagi rasa mengantuk, stress bagai, sila berjumpa doktor ya! itu maybe dah “penyakit” dah tu.

 

Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!

Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>