TELINGA BERDESING

telinga3

Telinga berdesing (berdengung) atau lebih dikenali sebagai tinnitus adalah dimana kedaan seseorang mendengar bunyi berdesing di dalam telinga tanpa ada apa apa punca bunyi disekeliling. (masuk bilik yang sunyi dan telinga mendengar bunyi berdesing). Bunyi yang di dengar selalunya bunyi ngauman, bergema, detail bunyi dengar jauh, walhal punca bunyi itu dekat sahaja. Ia mungkin melibatkan satu atau kedua dua belah telinga. Ini merupakan satu satunya gejala penyakit yang boleh mengugat tahap kesihatan seseorang.

Tintinus adalah satu gejala atau petanda penyakit dan bukan sejenis penyakit. Gejala ini mungkin dialami sekejap dan boleh jadi berterusan atau berulang ulang. Kualiti hidup boleh terjejas akibat masalah ini. Masalah. Masalah ini lebih tinggi risiko pada usia 40-70 tahun dan lebih melibatkan kaum lelaki.

Gejala gejala berkaitan

  • Kurang pendengaran
  • Sakit kepala
  • Pening kepalatelinga2

Punca Punca

  • Saluran darah tidak normal
  • Saluran Eustachian yang gagal berfungsi (saluran yang menghubungkan hidung ke telinga tengah)
  • Tahi telinga keras dan tersumbat, jangkitan telinga tengah kronik
  • Kecederaan kepala
  • Terdedah kepada bunyi  besar
  • Ubat ubatan
  • Tumor dalam telinga
  • Faktor psikologi seperti tekanan, resah
  • Tekanan darah tinggi
  • Angin akhmar
  • Kekurangan sel darah merah serta buah pinggang tidak berfungsi

 

Komplikasi

  • Seseorang yang mengalami masalah tinnitus yang teruk mungkin menghadapi masalah pendengaran , kerja dan tidur.
  • Ada yang menghadapi masalah psikologi yang serius

telinga

Rawatan

Rawatan tinnitus selalunya tidak berkesan sepenuhnya disebabkan punca punca tinnitus tidak dapat difahami sepenuhnya

  • Ubat ubatan

Ubat ubatan yang didapati berkesan dalam rawatan adalah ubat yang digunakan 7untuk menghilangkan keresahan , ubat penenang serta ubat yang dapat membaiki kualiti tidur.

  • MASKING adalah alat bantuan pendengaran.
  • Pembedahan tidak dapat membantu menghilangkan tinnitus buat masa ini kecuali di dalam kes tumor.

Pencegahan

  • Bunyi bunyi yang lembut boleh mengurangkan bunyi yang berkaitan dengan tinnitus .
  • Elakkan mengambil kopi, teh, cokelat, cola, alcohol atau produk yang mengandungi kafein.
  • Elakkan merokok
  • Elakkan aspirin
  • Jangan dedahkan diri kepada bunyi bising
  • Kawal tekanan perasaan .

 

Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!

Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

Sihat Bersama TCM

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>