TUMIT KAKI PECAH PECAH
Kaedah mengatasi tumit pecah pecah
Walaupun tumit terletak pada bahagian paling bawah dianggota badan manusia, kecantikan tumit selalunya diambil kira terutama oleh golongan wanita. Cuba bayangkan seorang wanita tu memiliki paras rupa yang menawan, wangian yang semerbak, dressing yang elegant, susuk badan yang mantap, tapi tumit pecah beribu macam tanah kering kontang. Mesti terlintas kat hati nak mengutuk kan?? Betul tak? Betul tak?
Ada beberapa sebab berlakunya tumit pecah pecah ni. Selain dari faktor genetic, faktor pemakaian kasut yang tidak sesuai. Sebagai contoh mungkin anda pakai high heel (kasut tinggi) terlalu sempit hingga tumit terasa sakit. Selain itu, tapak kaki anda mungkin kekurangan udara kerana terlalu lama berkurung dalam kasut. Berat badan yang berlebihan juga salah satu punca tumit kaki pecah pecah.
Langkah langkah untuk mengelakkan berlakunya tumit pecah pecah
1- Ketika mandi jangan lupa nak belai juga kaki anda. Jangan asyik belai yang diatas sahaja. Yang bawah pun nak perhatian juga. Gosok tapak kaki khususnya bahagian tumit perlahan lahan dengan menggunakan sabun. Berus kaki/tumit anda dengan menggunakan berus khas untuk tumit. Jangan gunakan berus tandas@berus berus lain yang bukan bertujuaan untuk kulit.
2- Setelah mandi bersih bersih, gunakan foot lotion agar kulit kaki berasa lembab. Elakkan kulit menjadi kering selalu. Banyak produk yang dipercayai yang boleh digunaka
n. Disarankan melakukan waktu sebelum masuk tidur dan gunakan stoking yang lembut supaya kelembapan boleh kekal sehingga pagi.
3- Amalkan selalu mengunakan pengalas kaki. Jangan kerap berkaki ayam.
Langkah merawat tumit pecah pecah
1- Cara yang paling tradisional untuk menghilangkan permukaan
kulit yang kasar dan pecah pecah adalah meremdam kaki didalam air suam suam kuku. Cara ini akan menanggalkan sel sel kulit mati yang mengakibatkan kulit kering dan kasar. Lakukan sekerap yang mungkin.
2- Setelah membuat rendaman berkali kali, kilut kaki akan menjadi lembut dan sel sel mati akan menjadi longgar. Gunakan batu apung atau batu sungai yang ada permukaan kasar, gosokkan tapak kaki. Teknik ini akan menanggalkan daki daki, sel mati dan dan kotoran yang terlekat di kaki. Lakukan setiap hari.
3- Cara lain yang agak makan masa sikit nak buat
adalah menggunakan buah pisang. Penyet penyet kan buah pisang menggunakan senduk. (jangan blender pulak, kang jadi jus pisang pulak). Lumurkan penyetan pisang tadi pada tapak kaki dan tunggu hingga 20 minit dan selepas itu bilas dengan air bersih.
Selamat mencuba!!!
Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!
Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html
guna getah betik muda, menjadi
Terima kasih Cik Norra kerana sudi membaca dan berkongsi, semoga kita semua mendapat pelbagai info yang bermanfaat..:D