Shaken Baby Syndrome

oie_eMvC4P1oTjfi

Topik pada hari ini akan membincangkan berkenaan suatu masalah yang berisiko dialami oleh bayi. Masalah tersebut dikenali sebagai Shaken Baby Syndrome. Shaken baby syndrome dapat disebabkan oleh goncangan terlalu kuat yang dialami oleh bayi tersebut. Hal ini dapat berlaku apabila ibu bapa mula hilang sabar akibat dari bayi yang mengangis secara berterusan.

Tanpa mereka sedari, akibat hilang sabar, mereka berkemungkinan menggoncang bayi mereka agar berhenti menangis. Tahukah anda, perbuatan itulah sebenarnya yang dapat menyebabkan bayi anda mengalami shaken baby syndrome. Shaken baby syndrome terjadi apabila terdapat pendarahan di dalam otak yang berlaku disebabkan goncangan kepala bayi secara keterlaluan.

 

Gejala-Gejala Shaken Baby Syndrome

Antara gejala-gejala yang biasa di alami oleh bayi yang mengalami shaken baby syndrome ialah :

  • Perubahan ketara di dalam pola tidur
  • Muntah lebh kerap daripada biasa
  • Sangat cerewet
  • Sering menangis dan sukar untuk berhenti
  • Tidak mahu menyusu atau makan
  • Dalam kes yang kritikal, bayi mungkin tidak sedarkan diri

 

Akan tetapi, gejala-gejala yang dialami oleh setiap bayi tidaklah selalu sama. Terdapat beberapa faktor lain yang dapat mempengaruhi seperti usia, tahap goncangan yang dialami dan kekerapan mengalami goncangan. Selain itu, kesan jangka masa panjang pada bayi tersebut juga turut berbeza-beza. Sangat penting untuk kita tahu, shaken baby syndrome sangat berbahaya.

Menurut kajian yang dijalankan, 1 daripada 4 orang bayi yang mengalami masalah tersebut akan meninggal. Walaupun begitu, bayi-bayi yang tidak meninggal berkemungkinan besar akan mengalami kesan jangka masa panjang yang akan mempengaruhi kehidupan mereka.

 

Antara Kesan Jangka Masa Panjang

  • Buta atau hilang daya penglihatan
  • Mengalami developmental delay
  • Kecacatan Mental

 

Seperti yang anda lihat di atas, kesan shaken baby syndrome terhadap bayi sangat berbahaya. Sanggupkah anda melihat bayi anda menanggung kesakitan seperti diatas hanya disebabkan kesilapan kita. Walaupun shaken baby syndrome juga dapat terjadi disebabkan oleh kesan semulajadi kerana pergerakan bayi, kebanyakkan kes yang terjadi adalah berpunca daripada perbuatan pihak lain.

Antara pihak lain yang mungkin terlibat adalah seperti ibu bapa dan pengasuh. Shaken baby syndrome sering ditemui pada kanak-kanak yang berusia di bawah 2 tahun. Walaupun begitu, kanak-kanak yang berumur diantara 2 hingga 5 tahun juga turut berpotensi

 

Tips Mencegah Shaken Baby Syndrome

  • Pilih pengasuh yang telah berpengalaman dan juga memiliki kesabaran
  • Elakkan daripada memberi terlalu banyak kerja pada pengasuh anda sehingga membuatkan mereka menjadi terbeban dan kurang sabar dalam menjaga anak anda
  • Elakkan daripada melakukan aktiviti yang dapat membuatkan anda stress sehingga emosi sering berubah-ubah dan hilang kawalan dalam mengasuh bayi
  • Jauhkan bayi anda dari orang yang panas baran
  • Elakkan dari menggongcang bayi terlalu kuat ketika mendukungnya
  • Elakkan dari bergurau dengan bayi dengan cara melambungnya ke udara

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://health.detik.com/read/2014/09/24/101736/2699379/775/kenali-gejala-trauma-akibat-shaken-baby-syndrome

http://www.myhealth.gov.my/en/shaken-baby-syndrome-video/

https://bidanku.com/apa-itu-shaken-baby-syndrome

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>