Bahaya Lipas ???

oie_xeuUT1JPcUau

Lipas adalah sejenis serangga yang sememangnya termasuk di dalam kategori makhluk perosak. Kajian menunjukkan, lipas telah dikenalpasti hidup semenjak zaman purba lagi. Kehebatannya di dalam menyesuaikan diri di dalam pelbagai jenis persekitaran yang berbeza membuatkannya dapat bertahan lama untuk hidup. Walaupun begitu, lipas boleh dikatakan merupakan simbol kepada kekotoran. Kekotoran pula merupakan ancaman kepada kesihatan kita.

Oleh itu, kita hendaklah menghalang penyebaran serangga perosak ini. Bagi mereka yang masih memandang remeh akan serangga perosak ini, jom kita tengok kesan yang dibawa lipas kepada kesihatan kita. :) Lipas mempunyai tabiat buruk yang sangat kotor iaitu ia akan memuntahkan kembali makanan yang separuh hadam dan meninggalkan najis sambil ia makan. Bulu kaki lipas pula akan mengangkut dan menyebarkan kuman, virus, telur cacing, kulat dan kotoran dari pelbagai tempat.

 

Lebih teruk lagi, lipas yang didapati berkeliaran di tempat najis boleh mencemarkan makanan kita sekiranya ia merayap ke atas makanan tersebut. Berikut merupakan beberapa jenis penyakit yang dapat dikaitkan dengan lipas :

  • Cirit-birit
  • Keracunan makanan
  • Tuberculosis
  • Alahan kulit
  • Disentri
  • Cholera
  • Tetanus

 

Lipas dapat membiak dengan sangat banyak dan pantas. Setiap biji telur lipas dapat mengandungi sebanyak 6-16 ekor anak lipas. Dalam tempoh setahun pula, sepasang lipas dikatakan mampu membiak dengan menghasilkan kira-kira sebanyak 20,000 ekor anak lipas. Tempat yang kebiasaannya menjadi tempat lipas bagi menyimpan telurnya adalah dengan melekatkannya pada perabot, pakaian, dalam almari serta tempat-tempat yang kurang terusik.

Lipas biasanya membiak di tempat yang kotor seperti saluran kumbahan, tempat pembuangan sampah serta premis makanan yang kotor. Selain itu, lipas juga bersembunyi dibawah peti ais, di dalam almari dapur, tangki najis dan dimana-mana tempat lembap yang terlindung daripada cahaya matahari. Jadi, salah satu cara pencegahan penyebaran lipas adalah dengan menjaga kebersihan di setiap tempat.

 

Punca2 Penyebaran Lipas :

stickerline-201311131536151

  • Bahan buangan yang tidak dibungkus dengan betul sebelum dibuang
  • Tidak membersihkan dan tidak menutup rapat tong sampah
  • Mengabaikan kebersihan tempat tinggal
  • Tidak melakukan sebarang aktiviti pembasmian lipas
  • Makanan tidak disimpan dengan betul serta tidak bertutup

 

Langkah Pencegahan Penyebaran Lipas :

113109134

  • Pastikan tong sampah sentiasa ditutup dengan rapat
  • Menutup ruang dan lubang yang boleh dimasuki lipas
  • Jalankan aktiviti pembasmian lipas secara berkala
  • Menggunakan semburan serangga perosak dengan cara yang betul
  • Simpan semua makanan di tempat yang bertutup serta tidak boleh dimasuki lipas
  • Cuci peralatan dapur dengan segera setelah digunakan
  • Pastikan tidak terdapat sisa makanan yang bertaburan

 

TIP PENTING!!

Lipas perlu dibunuh serta dicegah penyebarannya. Akan tetapi, membunuh lipas dengan cara yang tidak betul seperti memukulnya dapat membahayakan kesihatan kita. Hal ini kerana, sekiranya kita memukul lipas sehingga mati dan terburai isi perutnya, kita akan membuatkan kawasan persekitaran kita terdedah dengan sejenis cacing di dalam perut lipas.

Cacing ini tidak akan mati sekiranya lipas yang didiaminya itu mati. Malah, sekiranya kita memukul lipas hingga terburai perut dan cacing tersebut keluar, ia akan bergerak mencari tempat indukan baru. Cacing ini sangat pendek, halus dan lembut.

Kita akan dapat melihat cacing tersebut melalui mata kasar apabila jarak pandangan sekitar 10-20cm. Perkara ini sangat berbahaya sekiranya cacing tersebut menyentuh kulit kita kerana dikhuatiri akan masuk melalui pori-pori kulit atau sebarang luka terbuka pada kulit luar kita. Jadi, cukuplah kita menggunakan semburan serangga perosak bagi membunuh lipas dengan lebih selamat. ;)

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

line-lucu-SMS-Lucu-Pakai-Stiker-LINE-Dari-XL

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

6 Responses

  1. Mr X says:

    Ini sangat berguna sebagai tips dan panduan thx

  2. walid fateh says:

    tq atas penulisan yang penuh dengan info

  3. Ana says:

    Betul,Tips ini sungguh berguna!

Leave a Reply to Ana Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>