Penyakit Nefritis

oie_l2Zs4jW79V2f

Salam sihat buat semua pembaca. Seperti biasa, hari ini tcm akan kongsikan mengenai sejenis penyakit dengan anda semua. Tajuk yang menjadi pilihan kita hari ini ialah “Nefritis”. Apa tu? Nefritis adalah sejenis penyakit yang ditandai dengan terjadinya peradangan ginjal. Ginjal merupakan salah satu daripada organ yang mempunyai fungsi yang tersangat penting kepada tubuh badan manusia.

Fungsi utama ginjal adalah bagi menyaring darah agar tubuh badan kita mendapat darah yang bersih serta kaya dengan oksigen. Selain itu, ginjal juga berfungsi sebagai tempat pembuangan racun sisa-sisa makanan dan ubat-ubatan yang tidak diperlukan oleh tubuh badan. Ginjal merupakan salah satu organ kita yang paling banyak bekerja. Sekitar 50 gelen darah disaring setiap hari oleh ginjal.

kidneyKotoran yang telah disaring seterusnya akan dikeluarkan melalui urin. Sekiranya terdapat sebarang masalah yang terjadi pada ginjal seperti peradangan, ginjal tidak akan dapat menyaring darah dengan baik. Kesannya, kotoran-kotoran yang tidak disaring akan berkumpul di dalam darah seseorang itu dan meracuni organ tubuh lainnya. Sekiranya ini berlaku, pesakit akan terpaksa menjalani rawatan “dialisis”.

Dialisis merupakan sejenis rawatan yang akan mencuci darah pesakit bagi menggantikan fungsi ginjal secara umumnya. Walaupun begitu, pesakit tetap memerlukan ginjal yang sihat melalui pemindahan ginjal. Nefritis dapat dikategorikan kepada beberapa jenis bergantung kepada bahagian ginjal yang mengalami nefritis. Tiga bahagian utama yang kebiasaannya mengalami nefritis ialah :

 

1. Glomerulonefritis

Penyakit ini melibatkan peradangan yang terjadi pada pembuluh kapiler kecil di dalam ginjal yang dinamakan glomerulus yang berfungsi bagi menyaring darah. Ketika mengalami keradangan, glomerulus tidak akan dapat menyaring darah dengan baik.

2. Nefritis Interstisial

Sekiranya peradangan tidak terjadi pada glomerulus, kemungkinan besar keradangan tersebut akan terjadi pada suatu bahagian yang dinamakan insterstitium renal sehingga dapat menyebabkan terjadinya nefritis interstisial atau juga dikenali sebagai nefritis tubulointerstisial.

3. Pyelonephritis

Kotoran yang dikeluarkan daripada darah seterusnya akan dihantar ke pundi kencing melalui saluran yang dinamakan ureter. Pada sesetengah kes, keradangan mula terjadi pada pundi kencing dan seterusnya merebak ke ureter sehinggalah ke ginjal. Keadaan ini dikenali sebagai pyelonephritis.

 

Gejala Nefritis

bee-sting-ouch-clip-art-1855996

Gejala penyakit ini dapat terjadi secara tiba-tiba atau tanpa disedari. Ada juga terdapat sesetengah kes yang tidak menunjukkan sebarang gejala. Ianya bergantung pada individu itu sendiri. Jadi tcm mencadangkan agar anda sering melakukan pemeriksaan kesihatan bagi mengetahui keadaan kesihatan anda yang terkini. Namun berikut merupakan beberapa gejala yang dialami oleh pesakit nefritis :

  • Mengalami anemia atau kekurangan darah
  • Urin berwarna merah
  • Mengalami mual-mual
  • Urin hanya keluar sedikit
  • Mengalami tekanan darah tinggi
  • Kelopak mata bengkak

 

Faktor Pendorong Nefritis

Antara penyebab yang dapat menyebabkan nefritis terjadi ialah disebabkan melalui penyakit sistem ketahanan tubuh badan seseorang itu. Selain itu, bagi pyelonephritis, penyebab utamanya ialah bakteria escherichia coli (e.coli). E.coli terdapat di usus dan dapat menyebabkan berlakunya jangkitan pada ginjal. Antara penyebab lainnya adalah seperti reaksi alahan terhadap ubat-ubatan tertentu.

 

Pencegahan Nefritis

oie_mnGa3xqtu5Jb

  • Memastikan makanan dan minuman anda bersih
  • Banyakkan minum air kosong
  • Kurangkan minuman bergas atau berkafein seperti kopi
  • Elakkan daripada merokok
  • Banyak melakukan senaman
  • Amalkan gaya hidup yang sihat

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

oie_Un5hhN8USaCv

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>