Fakta Mengenai Bersin

oie_cRIv89YdbwPR

Bersin adalah suatu proses semua jadi yang dialami oleh semua manusia. Bersin terjadi ketika hujung saraf di dalam hidung mengesan adanya virus ataupun bakteria. Selain itu, bersin juga dapat disebabkan oleh udara sejuk, debu, asap dll. Proses bersin berguna agar dapat menjaga hidung tetap bersih. Walaupun bersin dianggap perkara normal yang seseorang itu alami hasil daripada tindak balas tertentu, ramai yang tidak tahu “bersin” sebenarnya mempunyai pelbagai fakta yang menarik disamping mendatangkan kebaikan buat tubuh badan kita. :)

 

Fakta2 Bersin

A. Kekuatan Bersin :

  • Sewaktu kita bersin, lendir atau benda-benda asing yang berada di dalam mulut dan hidung akan keluar dengan kecepatan sekitar 161 kilometer per jam.

B. Mengeluarkan bakteria :

  • Ketika kita bersin, tubuh kita akan mengeluarkan sebanyak 10 000 kuman atau bakteria ke udara. Jadi tindakan menahan bersin akan dapat memaksa bakteria tersebut kembali masuk ke dalam rongga hidung dan telinga kita sehingga dapat mengakibatkan jangkitan pada tubuh badan.

C. Bahaya menahan bersin :

  • Selain daripada menyebabkan bakteria masuk kembali ke dalam rongga hidung seseorang itu, tindakan menahan bersin juga dapat mengakibatkan tubuh harus mengatasi perubahan akibat tekanan kuat yang masuk kembali ke dalam saluran pernafasan. Tekanan tersebut juga berisiko menyebabkan kerosakan pada gegendang tellinga serta mengalami pecah pembuluh nadi di kepala dan leher.

D. Sebagai proses “reboot” bagi hidung :

  • Seperti anggota yang lainnya, hidung juga memerlukan masa untuk berehat. Dengan bersin, hidung akan mempunyai waktu untuk berehat sebentar atau dikenali sebagai proses reboot.

E. Sinar matahari penyebab bersin :

  • Berdasarkan kajian yang dilakukan, terdapat satu daripada empat orang yang mengalami bersin di bawah sinaran matahari. Fenomena ini dikenali sebagai “photic sneeze reflex”. Ramai yang berpendapat hal ini adalah disebabkan kesalahan otak dalam menerima perintah daripada anak mata kerana sinaran matahari.

F. Mata tertutup saat bersin :

  • Secara tidak sedar, mata kita akan terpejam saat kita bersin. Ini kerana, kawalan otak untuk bersin berada dekat dengan mata. Selain dari itu, memejam mata ketika bersin adalah sebagai langkah perlindungan buat mata kita. Hal ini disebabkan oleh tekanan udara yang cukup penting terletak pada mata. Jadi, sekiranya kita bersin sambil membuka mata, dikhuatiri akan mendatangkan risiko yang bahaya pada mata kita.

G. Tak mungkin bersin saat tidur :

  • Percaya atau tidak, bersin tidak mungkin akan terjadi saat seseorang itu sedang tidur. Hal ini kerana, ketika tidur, saraf di sekitar saluran hidung secara tidak langsung juga akan tidur.

H. Rekod bersin paling lama :

  • Donna Griffiths of Worcestershire, England direkod sebagai orang yang mengalami bersin paling lama iaitu selama 978 hari. Pada masa itu, dia boleh bersin sekali di dalam satu minit.

 

Berikut merupakan beberapa fakta yang dapat kita perolehi daripada bersin. Menarik bukan? Bagaimana satu langkah gerakan yang mudah dan selalu kita lakukan mempunyai pelbagai fakta yang menarik. :)  Akhir sekali, bagi mendapatkan manfaat daripada bersin, kita dinasihatkan agar tidak menahan diri daripada bersin. Ini bertujuan agar, bakteria atau kuman yang akan dikeluarkan ketika bersin dapat dikeluarkan dengan cara yang betul.

Walaupun begitu, kita hendaklah menutupi mulut dan hidung kita dengan menggunakan kain ketika bersin agar kuman yang dikeluarkan tidak menjangkiti orang yang berada di sekitar kita. Kita juga boleh menggunakan lengan (sendi siku) kita ataupun tapak tangan. Setelah itu, segera basuh tangan anda agar tidak terdapat kuman yang dapat disebarkan melalui sentuhan daripada kita. Bersin dengan cara yang betul, dapat memberikan kebaikan buat kita sekaligus dapat mencegah kita dari menjangkiti orang lain.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

line-lucu-SMS-Lucu-Pakai-Stiker-LINE-Dari-XL

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>