Gamat ? Minyak ?

oie_35cutttROfWQ

Apa itu yang dinamakan gamat? Gamat sebenarnya adalah sejenis hidupan laut yang tidak mempunyai tulang belakang. Gamat menjadi terkenal kesan daripada kandungannya yang mengandungi beberapa nutrisi dan mineral yang bersifat menyembuhkan. Penggunaan gamat sebagai ubat tradisional di dalam menyembuhkan perbagai jenis penyakit, khususnya penyakit degeneratif telah lama diamalkan sejak dulu lagi.

DSC_0307

Disebabkan terdapat banyak kebaikan yang boleh diperoleh daripada gamat. Banyak minyak gamat yang dihasilkan bagi dijadikan penawar kepada perbagai jenis penyakit. Minyak gamat telah digunakan secara meluas sejak ratusan tahun dahulu. Boleh dikatakan, hampir setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya sebotol minyak gamat. ” Perrrghhh, terkenal betul minyak gamat ni kan”. Yup, sememangnya minyak gamat ni sangat meluas penggunaannya.

 

Antara Kebaikan Gamat :

gamat2

1. Menyembuhkan luka badan

  • Khasiat asid lemak di dalam gamat yang dikenali sebagai asid arakidonik berperanan bagi menyembuhkan luka dan memperbaiki semula tisu badan dengan kadar yang cepat.

2. Menghalang pembekuan darah

  • Proses pembekuan darah merupakan suatu proses yang akan terjadi apabila terdapat kulit kita yang tercedera ataupun luka. Ianya adalah bagi bertujuan menghalang darah daripada keluar berlebihan. Walaupun begitu, pembekuan darah tetap boleh terjadi di dalam saluran darah seseorang itu. Hal ini disebut sebagai “Pulmonari Embolisme “.
  • Perkara ini berbahaya kerana boleh membawa maut. Contohnya darah beku yang terjadi, terkumpul di dalam peparu sehingga seterusnya menyekat pengaliran darah ke seluruh badan. Kandungan gamat yang disebut kondroitin sulfat, boleh menghalang daripada berlakunya pulmonari embolisme.

3. Mengurangkan kesakitan arthritis

  • Kajian juga mendapati gamat mempunyai sebatian yang dikenali sebagai mukopolisakarida, kondrotin dan glukosamin yang mampu melegakan gangguan arthritis terutama pada sendi-sendi badan.

4. Mencegah kanser

  • Gamat dikatakan mampu menghalang pertumbuhan dan penyebaran sel kanser. Ini kerana, gamat mempunyai kandungan glikosida tritertene yang tinggi. Kajian menunjukkan glikosida tritertene mampu menghalang pembentukan saluran darah yang membekalkan nutrien kepada sel kanser. Hal ini seterusnya sekaligus akan menyekat pertumbuhan serta perkembangan sel kanser di dalam badan.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>