Kesan Adik-Beradik Terhadap Kesihatan

oie_QLI9WEjOmMyF

Mempunyai adik-beradik adalah satu anugerah kepada kita. Tetapi tahukah anda, adik-beradik mampu mempengaruhi tahap kesihatan anda? Selain ibubapa, mereka boleh dikatakan individu kedua yang kita akan rapat serta mempunyai hubungan antara yang terpanjang sepanjang hidup kita. Ibubapa sememangnya memberi kesan yang mendalam terhadap cara kehidupan kita. Namun, tidak dapat dinafikan peranan adik-beradik juga memberi pelbagai kesan terhadap cara hidup kita. Ramai yang berpendapat, ia memberikan lebih banyak kesan yang positif berbanding negatif. Kajian menunjukkan, pada peringkat remaja, kita menghabiskan kira-kira selama 10-17 jam seminggu bersama adik-beradik. Jadi, tidak hairanlah pada ketika itu, personaliti kita, minat, tabiat dan perkara-perkara lain kebanyakannya boleh dikatakan kembar antara adik beradik.

 

Antara kesan2nya adalah :

  1. Sikap adik-beradik yang sentiasa mengambil berat, dapat mempengaruhi sikap kita untuk lebih pemurah terhadap kebajikan orang lain. Disebabkan persekitaran yang selamat serta penuh dengan kasih sayang, kita akan terpengaruh untuk memberikan pertolongan kepada yang memerlukan. Tidak kiralah kawan-kawan atau pun jiran tetangga. Sekiranya faktor kecil ini dapat diamalkan oleh setiap adik-beradik, pasti dunia akan menjadi tempat yang lebih baik serta sihat. Pasti penyakit seperti darah tinggi, stress, dapat dihindari dengan sikap yang positif seperti ini.
  2. Perbezaan personaliti antara adik-beradik, dapat membantu kita dalam mencapai minat kita dengan cara yang betul. Faktor kelahiran di dalam keluarga juga memainkan peranan. Seperti kebiasaannya, anak pertama selalunya lebih cenderung untuk menjadi sebagai penjaga kecil terhadap adik-adiknya. Mereka mempunyai sikap-sikap seperti bermotivasi serta tahu apa yang diinginkan mereka. Disebabkan itu, anak kedua pula akan terdorong untuk mencapai kejayaan mereka sendiri dengan cara yang kreatif serta unik. Dengan adanya anak pertama sebagai “role model” buat mereka, pasti ramai yang akan berjaya tanpa terjebak dengan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat seperti mengambil dadah serta  membuang masa.
  3. Pertengkaran sesama adik-beradik dapat mengajar kita cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu dengan cara yang betul dan tenang. Walaupun setiap dari kita pasti tidak suka apabila bertengkar sesama adik-beradik, namun ianya mempunyai pelbagai ikhtibar untuk dijadikan pelajaran. Antaranya ialah, kita akan belajar cara untuk bertolak ansur didalam sesuatu perkara yang tidak mendapat persetujuan dari semua pihak. Dengan itu, tidaklah akan terjadi pergaduhan sekiranya terdapat ketidaksefahaman.
  4. Percaya atau tidak, adik-beradik dapat memberi kesan terhadap berat anda? Kajian menunjukkan, adik yang mempunyai abang yang obesiti terdedah kepada risiko sebanyak 40% untuk berkongsi masalah yang sama. Ia bukanlah kerana ia berjangkit, tetapi kerana kita akan terikut-ikut dengan cara hidup mereka sehingga kita juga terdedah kepada masalah yang sama. Jadi, dengan mengamalkan cara hidup yang sihat di dalam keluarga dapat mengurangkan kadar peratusan yang mengalami masalah obesiti, terutamanya di Malaysia.
  5. Adik-beradik dapat menguatkan sistem imun ketahanan kita. Kita tahu, dengan mempunyai adik beradik-beradik lain di dalam keluarga dapat mengurangkan jangkitan. Kajian juga menunjukkan, terdedah kepada bakteria, kuman, allergi serta jangkitan dapat menguatkan sistem imun ketahanan badan pada adik-beradik yang lain.

 

Bagi mereka di luar sana yang sedang dibelenggu masalah kesihatan. Saya sangat2 mencadangkan anda untuk berkunjung ke The Tole Acupuncture Herbal-Medical Center. Di sana, mereka merawat pelbagai jenis penyakit dengan menggunakan teknik rawatan alternatif yang amat terbukti keberkesanannya di seluruh dunia. Ianya adalah sebuah pusat perubatan yang diasaskan oleh Master Tole. Seorang yang berasal daripada keluarga yang mengamalkan ilmu perubatan dan merupakan generasi keempat yang telah mempraktikkan rawatan herba yang bertempat di Kuala Lumpur selama 140 tahun. Dikatakan beliau mempunyai kehebatan yang tidak dapat disangkal lagi di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit.

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

oie_3161540RHyJXZzB

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>