Tips Kesihatan : 5 Makanan Meningkatkan Kesuburan

oie_Dugv7YC2lwsz

Selamat petang semua, terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca artikel-artikel yang dikongsikan di sini. Semoga kita semua beroleh manfaat daripadanya. Artikel kita pada hari ini adalah berkenaan dengan makanan-makanan yang dapat meningkatkan tahap kesuburan seseorang itu. Nak tahu apa jenis makanan-makanan tersebut?

Jom teruskan bacaan anda di bawah :

 

8 Makanan Meningkatkan Kesuburan

1. Susu, keju, yogurt dan aiskrim

Kalsium merupakan salah satu nutrisi penting terutamanya wanita pada setiap fasa kehidupan mereka, termasuklah kehamilan. Peningkatan pengambilan kalsium dapat diperolehi daripada sumber makanan yang kaya akan lemak susu. Contohnya seperti susu, yogurt, aiskrim dan keju. Selain membantu memperkuat tulang, ia juga dapat membantu sistem reproduksi berfungsi dengan lebih efisien.

Walaupun begitu, produk susu yang diambil hendaklah tinggi lemak supaya dapat meningkatkan kesuburan. Ini kerana, mengikut kajian yang dijalankan, produk susu yang rendah lemak tidak mendatangkan kesan positif yang sama seperti produk susu tinggi lemak di dalam meningkatkan kesuburan.

 

2. Karbohidrat kompleks

Bila disebut karbohidrat, terdapat sesetengah pihak yang akan terus cuba untuk mengelak daripada sebarang pengambilannya. Ini adalah kerana mereka menganggap karbohidrat dapat menjadikan berat badan seseorang itu menjadi semakin bertambah. Penting untuk kita semua tahu, tidak semua karbohidrat dapat memberikan kesan yang sama.

Sebagai contoh, karbohidrat kompleks seperti biji-bijian, selain dapat membuat kita semakin sihat, ia juga dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan seseorang itu. Ia tidak sama seperti karbohidrat yang dijumpai di dalam roti buatan dan nasi putih. Karbohidrat daripada sumber buatan ini dapat membuatkan paras gula dalam darah dan insulin dalam badan semakin meningkat.

Perkara ini secara tak langsung dapat mengganggu hormon yang berfungsi terhadap sistem reproduksi serta dapat menunda atau mencegah pembuahan.

 

3. Buah dan sayuran berwarna cerah

Adalah suatu yang tidak asing lagi bagi kita semua akan kebaikan buah dan sayuran bagi kesihatan kita. Selain kaya akan vitamin, mineral dan nutrisi penting, buah-buahan dan sayur-sayuran juga kaya akan antioksidan dan fitokimia yang dapat membantu menghilangkan radikal bebas. Ketika radikal terkumpul di dalam tubuh, ia dapat menyebabkan sejumlah besar masalah kesihatan.

Ini termasuklah juga gangguan pada hormon reproduksi. Secara umumnya, semakin cerah warna buah atau sayuran, semakin banyak kandungan nutrisinya. Buah beri antara buah yang sangat bergizi. Makanan ini dapat membantu melindungi sel-sel anda dari mengalami kerosakan dan mencegah penuaan sel.

 

4. Daging ayam

Daging ayam merupakan sejenis makanan yang mempunyai nilai kandungan yang tinggi akan protein dan juga zat besi. Walaupun protein dan zat besi dapat juga ditemui di dalam produk bukan haiwan, terdapat kaitan yang baik di antara protein haiwan dengan peningkatan tahap kesuburan. Kajian juga menunjukkan bahawa wanita yang kekurangan zat besi lebih berisiko untuk mandul berbanding mereka yang mengambil zat besi yang mencukupi.

Cara pemakanan daging ayam yang disarankan adalah dengan memilih daging haiwan tanpa lemak dan kemudian ayam tersebut dimasak dengan cara dipanggang dan bukannya digoreng. Walaupun daging ayam baik untuk dimakan, tetapi ayam bukan organik banyak mengandungi antibiotik dan hormon. Ini kerana, ayam tersebut disuntik dengan hormon semasa pembesaran di ladang supaya cepat matang dan sedia untuk dijual.

 

5. Telur

Telur ditemui kaya akan vitamin dan nutrisi penting seperti protein dan kolin. Pengmbilan kolin sangat diperlukan sebelum dan sewaktu hamil bagi meningkatkan kemampuan tubuh untuk menyerap asid folik. Asid folik sangat penting bagi tempoh perancangan dan awal kehamilan kerana dapat mencegah bayi dari lahir cacat saraf seperti spina bifida.

Pengambilan telur sebanyak sebiji sehari dapat meningkatkan kadar kolin yang mencukupi untuk meningkatkan penyerapan asid folik sebanyak dua kali ganda.

 

Berikut di atas merupakan antara 5 contoh yang tcm senaraikan antara  makanan yang dapat meningkatkan tahap kesuburan seseorang itu sekiranya diamalkan di dalam amalan pemakanan seharian mereka. Namun begitu, jumlah pengambilan anda hendaklah pada kadar yang sihat dan seimbang. Ini kerana, apa sahaja perkara sekiranya dilakukan dengan cara berlebihan dapat mengundang keburukan.

Selain daripada makanan di atas, terdapat lagi makanan-makanan lain yang dapat meningkatkan kesuburan seseorang itu, antaranya seperti kekacang dan biji-bijian, sayur-sayuran hijau dan minyak zaitun.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/#q=makanan+yang+boleh+meningkatkan+kesuburan

http://hargasetbersalin.blogspot.my/2015/02/makanan-menambah-kesuburan-lelaki.html

http://lifestyle.kompas.com/read/2012/02/25/1305435/8.Makanan.Peningkat.Kesuburan.Wanita

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>