Tips Kesihatan : 7 Tips Kuatkan Ingatan

oie_mrAvi8Er9Avk

Hai semua, artikel yang akan dikongsikan hari ini adalah berkenaan dengan tips-tips yang dapat kita amalkan supaya dapat menguatkan daya ingatan kita. Ingatan merupakan salah satu aspek yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Segala perkara yang kita lakukan atau segala pengajaran yang kita pelajari tersimpan di dalam ingatan. Oleh itu, kita hendaklah menjaga ingatan dengan sebaik mungkin.

Secara umumnya, daya ingatan manusia akan mulai menurun setelah mereka berusia 27 tahun dan ke atas. Walaupun begitu, terdapat beberapa tips yang dapat kita amalkan supaya dapat melambatkan penurunan daya ingatan tersebut. Berikut dikongsikan 7 tips kuatkan ingatan.

 

#1 Melakukan Senaman Di Hujung Minggu

Disamping dapat menjaga kesihatan tubuh badan. Bersenam juga dapat membaiki aliran darah ke otak. Hal ini secara tidak langsung dapat mengurangkan pengecutan otak dan seterusnya menguatkan lagi daya ingtan kita.

 

#2 Kawal Perasaan (Kemurungan)

Sering tertekan atau mengalami masalah seperti kemurungan dapat membuatkan ingatan seseorang itu terganggu. Perkara itu secara tidak langsung dapat mempercepatkan lagi kadar penurunan daya ingatan mereka. Oleh itu, belajarlah untuk mengawal perasaan kita dengan lebih efektif.

 

#3 Melakukan Senaman Mata

Tips yang ketiga ini mungkin kedengaran agak pelik sedikit. Walaupun begitu, senaman ini ternyata dapat mencantumkan kedua-dua hemisfera otak. Apabila kedua-dua hemisfera otak dapat berhubung dengan baik, sesetengah ingatan dapat dikembalikan atau dikeluarkan.

Cara melakukan senaman ini ialah dengan mengerakkan bebola mata kita kekiri dan kekanan selama 30 saat.

 

#4 Makan Makanan Seperti Coklat Hitam

Makanan yang mengandungi sebatian epicatechin dapat memberi kesan yang baik kepada peningkatan daya ingatan. Ini kerana, sebatian tersebut mampu membantu di dalam pembinaan saluran darah. Antara makanan yang mengandungi sebatian epicatechin selain daripada coklat hitam ialah anggur, teh dan blueberries.

 

#5 Melakukan Senaman Otak

Tips yang kelima adalah mengenai senaman otak melalui permainan. Antara contoh permainan tersebut ialah teka silang kata, sudoku dan sebagainya. Dengan sentiasa mencabar dan melatih otak kita dengan bermain permainan ini, otak kita akan menjadi lebih cerdas serta seterusnya melambatkan penurunan daya ingatan.

 

#6 Buang Tabiat Merokok

Perbuatan merokok perlu dicegah sama sekali. Ini kerana, menurut kajian yang telah dijalankan, perokok mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit Alzheimer berbanding mereka yang tidak merokok. Selain dari merokok, asap rokok juga turut mendatangkan kesan yang buruk ke atas mereka yang tidak merokok.

 

#7 Pelajari Perkara Baru

Di dalam kehidupan kita, terdapat pelbagai perkara yang boleh kita pelajari. Perkara ini sebenarnya amat bagus untuk perkembangan otak kita disamping dapat meningkatkan lagi kadar daya ingatan kita. Sebagai contoh, kita dapat melatih diri kita untuk mempelajari bahasa baru, mencuba pelbagai permainan latihan minda yang baru dan sebagainya.

 

Berikut di atas merupakan 7 tips penting yang boleh anda amalkan di dalam menguatkan kadar ingatan anda. Disamping menguatkan ingatan, anda juga secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi tahap kesihatan diri dengan melakukan senaman-senaman ringan sewaktu lapang. Tubuh badan yang sihat dapat mendorong kepada kehidupan yang bahagia.

Jadi, hargailah kesihatan anda! :)

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/#q=tips+untuk+kuatkan+ingatan

https://sitik.wordpress.com/2013/04/03/20-cara-mudah-meningkatkan-daya-ingatan/

http://www.akuinginsukses.com/6-cara-meningkatkan-daya-ingat-anda/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>