GEJALA GOUT

Gout  adalah sejenis penyakit yang paling lama dihidapi oleh manusia sejak zaman dulu lagi. Dulu gout akan menyebabkan kecacatan , tapi dengan kamajuan dalam bidang penyelidikan perubatan, gout boleh dikawal dan dirawat. Gout kebanyakkan dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan 30an hingga 60an. Gout sangat jarang dihidap oleh kaum perempuan sebelum putus haid.  Gout diakibatkan oleh asid uric yang berlebihan didalam badan. Asid uric adalah bahan kumuhan yang berasal dari protein yang dipanggil purin.

 

gout

 

TANDA GOUT

1-      Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki

2-      Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit

3-      Serangan selalunya berlaku secara tiba tiba

4-      Sendi yang diserang menjadi sangat bisa sehingga bergesel dengan selimut pun akan sakit.

5-      Sakit boleh berlarutan sehingga berhari hari lamanya

6-      Sendi sendi lain juga akan sakit seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

 

gout1

KOMPLIKASI

1-      Asid uric boleh berkumpul dibawah kulit membentuk benjolan yang dipanggil tophi

2-      Dalam saluran kencing, asid uric boleh berkumpul dan membentuk batu karang

3-      Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:-

  1. kegemukan
  2. darah tinggi
  3. hiperlipidemia
  4. diabetes

 

RAWATAN

Gout adalah satu penyakit yang boleh sembuh tetapi harus mengambil langkah langkah untuk mengatasinya.

Rawatan Serangan Akut

1-      Ubat anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut, jika digunakan dalam jangkawaktu yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku

2-      Rehatkan sendi semasa serangan gout

3-      Ubatan lain seperti colchicines juga boleh diambil. Walaupun ai amat berkesan , ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit birit.

4-      Steroid – hanya boleh diambil atas nasihat doktor

5-      Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang.

6-      Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat ubatan yang lain. Ianya tidak boleh diambil berpanjangan.

 

Sentiasa peka terhadap tanda tanda awal serangan, jika rawatan dimulakan awal, penyakit tidak akan melarat.

 

RAWATAN JANGKA PANJANG

Oleh kerana gout disebabkan oleh asid uric yang berlebihan dalam badan , haruslah mengelakkan faktor faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.:-

1-      Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan urikj asid yang berlebihan.

2-      Elakkan minuman keras

3-      Elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi.

 

Pencegahan:-

1-      Ubah cara hidup untuk memastikan paras asid urik yang normal.

2-      Amalkan cara hidup sihat untuk mengelakkan dari  menghidap penyakit penyakit yang berhubungkait dengan gout.

3-      Apabila mengambil allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan.

4-      Jangan ubah atau berhenti dos semasa serangan gout

5-      Minum air byk byk

gout2

 

Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!

Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>