Tibi (Batuk Kering)

wp

Penyakit “Tibi” atau juga dikenali sebagai penyakit “Batuk Kering”, boleh dikatakan sebagai penyakit yang tertua di dunia. Ini berikutan, penyakit ini yang pertama kali dilaporkan dijumpai di dalam serpihan tulang belakang mumia Mesir sekitar tahun 460 Sebelum Masihi. Ia merupakan sejenis penyakit yang tersebar luas pada ketika itu dan lebih merisaukan lagi apabila ia kebiasaannya membawa maut. Ia tidaklah berbahaya hanya pada ketika itu sahaja. Ini kerana, negara kita yang tercinta “Malaysia”  juga mengenal pasti penyakit tibi sebagai pembunuh nombor satu di Malaysia di antara tahun 1945 hingga 1957.

Okay, apa itu tibi?? Ia merupakan sejenis penyakit berjangkit yang boleh membawa maut sekiranya tidak mendapatkan rawatan dengan segera. Punca yang menyebabkan tibi terjadi adalah disebabkan oleh kuman yang dinamakan mycobacterium bacillus. Dr. Robert Koch telah menemui kuman tersebut pada 24 Mac 1882 di jerman. 90 peratus daripada kuman tibi kebiasaannya akan menyerang paru-paru. Akan tetapi, melalui dengan peredaran darah, kuman tersebut juga mampu untuk menyerang bahagian lain tubuh badan kita seperti buah pinggang, kulit, mata, tulang, leher, otak dll.

 

Gejala2 Tibi

  1. Kahak berdarah
  2. Batuk berkahak melebihi dua minggu atau lebih
  3. Hilang selera makan
  4. Demam berpeluh pada waktu petang atau malam
  5. Badan terasa lemah dan mudah letih
  6. Susut berat badan
  7. Merasa sakit dada apabila batuk atau mengambil nafas panjang

 

Golongan Berisiko Dijangkiti Tibi

 

  1. Penduduk miskin yang tinggal di desa atau bandar
  2. Pembawa HIV
  3. Penghidap penyakit kronik seperti diabetes, buah pinggang
  4. Warga tua
  5. Pesakit yang mengambil ubat steroid pada jangka masa yang panjang

 

Langkah2 Pencegahan

 

  1. Ahli keluarga atau sesiapa yang tinggal sebumbung dengan pesakit tibi untuk tempoh yang lama hendaklah melakukan pemeriksaan kesihatan
  2. Mendapatkan suntikan imunisasi BCG pada bayi-bayi yang baru lahir
  3. Berjumpa dengan doktor sekiranya batuk melebihi dua minggu
  4. Biarkan cahaya matahari memasuki rumah anda, kerana ia mampu membunuh kuman-kuman tibi yang terapung-apung di udara.
  5. Pastikan badan anda selalu kuat dan sihat agar dapat menentang kuman tibi sepanjang masa
  6. Makan makanan seimbang serta dapatkan rehat yang secukupnya

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

animasi

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

oie_3161540RHyJXZzB

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>