Tips Kesihatan : 7 Faktor Alzheimer di Usia Muda

oie_hbDbtSzINVla

Bila sebut tentang alzheimer, ramai yang tahu. Alzheimer merupakan salah satu penyakit umum yang biasa dialami oleh mereka yang telah lanjut usianya. Bagi anda yang kurang tahu, alzheimer merupakan sejenis penyakit yang menyebabkan seseorang itu hilang kemampuan untuk mengingat, menyimpan ingatan, sukar menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

Walaupun sering berlaku pada mereka yang telah lanjut usianya. Alzheimer turut dapat dialami oleh mereka yang masih muda. Jom tcm nak kongsikan dengan anda semua antara 7 faktor penyebab alzheimer di usia muda.

 

1. Faktor Genetik

Faktor genetik dapat meningkatkan risiko seseorang itu untuk mengalami penyakit alzheimer. Contohnya seperti mereka yang mempunyai ahli keluarga yang menghidapi alzheimer mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak mempunyai sebarang sejarah penyakit alzheimer di dalam keluarga mereka.

 

2. Jantina

Jenis jantina juga memainkan peranan di dalam menghidapi alzheimer di usia muda. Ini kerana, wanita lebih berisiko tinggi menghidapi alzheimer berbanding lelaki.

 

3. Amalan Pemakanan Tidak Sihat

Pemakanan amat penting sekali di dalam kehidupan kita. Kita tidak seharusnya hanya memilih makanan berdasarkan rasa dan minat kita sahaja. Kita perlu menitikberatkan makanan yang sihat ke dalam rutin pemakanan harian kita. Secara kesimpulannya, semakin baik makanan yang diambil semakin baik juga kesihatan kita.

 

4. Gangguan Neurofibrillary Tangles

Faktor yang keempat pula adalah disebabkan oleh gangguan fungsi neurofibrillary tangles. Tisu-tisu protein pesakit akan mengalami perubahan hingga menyebabkan tisu tersebut menjadi simpul. Keadaan ini seterusnya akan merosakkan sel saraf secara serius hingga menyebabkan sel saraf mati dan menyebabkan alzheimer.

 

5. Mengalami Kecederaan Kepala

Mereka yang mengalami sebarang kemalangan hingga menyebabkan kecederaan pada bahagian kepala berpotensi menghidapi penyakit alzheimer. Ini disebabkan kerana kecederaan yang dialami pesakit mungkin dapat menyebabkan kerosakan pada bahagian struktur otak.

 

6. Keradangan

Pakar perubatan mendapati terdapat keradangan pada bahagian otak pesakit alzheimer. Berdasarkan kajian yang dijalankan, pakar perubatan berpendapat keradangan terjadi didalam tubuh badan pesakit kerana ia merupakan tindak balas semulajadi tubuh badan terhadap luka atau jangkitan.

 

7. Gangguan Kognitif

Walaupun anda hanya mempunyai gangguan kognitif ringan, anda turut berisiko. Individu yang masih muda tetapi sudah mengalami gangguan pada ingatan yang ringan atau gangguan kognitif yang ringan juga berpotensi mengalami alzheimer. Ini disebabkan kerana kehilangan sebahagian memori dengan cara bertahap seiring dengan peredaran waktu.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/search?q=penyakit+alzheimer+pada+usia+muda

https://penyebabalzheimer.com/penyebab-alzheimer-usia-muda/

https://spesialissaraf.com/penyebab-alzheimer-pada-usia-muda

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>