Hepatomegali

oie_5Qt0BNNd1wnD

Salam khamis semua, hari ini tcm nak kongsi dengan anda semua berkenaan dengan sejenis masalah kesihatan yang dikenali sebagai “hepatomegali”. Hepatomegali adalah istilah perubatan bagi suatu keadaan di mana, organ hati seseorang itu mengalami pembesaran melebihi ukuran normalnya. Ukuran normal hati adalah sekitar 7,5cm bagi wanita dan 10,5cm bagi lelaki.

Hati terletak pada bahagian kanan atas perut. Akan tetapi bagi pesakit hepatomegali, organ hati mereka akan terasa melebihi rusuk kanan pada bahagian paling bawah. Hepatomegali hendaklah segera diubati bagi mengurangkan risiko mengalami kerosakan fungsi hati yang teruk. Sekiranya ini terjadi, ianya dapat memberi kesan yang buruk terhadap tubuh badan penderitanya.

 

Faktor Penyebab Hepatomegali

  • Berlaku penyumbatan pada saluran hempedu
  • Penyakit seperti penyakit jantung, radang selaput jantung dll
  • Kanser daripada bahagian yang lain merebak dan tersebar pada hati
  • Penyakit jaringan hati seperti sirosis, hepatitis (A,B,C)
  • Tabiat suka minum minuman beralkohol
  • Berat badan berlebihan (obesiti)
  • Penyakit malaria

 

Info Lanjut Hepatomegali

Hepatomegali sebenarnya bukanlah sejenis penyakit. Akan tetapi, hepatomegali sebenarnya merupakan suatu tanda kesan daripada penyakit-penyakit lain yang dihidapi seseorang itu. Antaranya adalah seperti penyakit hati, penyakit kegagalan jantung, kanser dan lain-lain lagi. Walaupun begitu, tidak bermakna kita boleh mengabaikannya tanapa sebarang rawatan.

Hepatomegali hendaklah segera diubati atau ia akan menyebabkan kesan yang lebih buruk kepada penderitanya. Antara fungsi hati yang dapat terganggu oleh hepatomegali ialah seperti proses pembersihan darah kita daripada zat-zat kimia yang berbahaya. Cuba anda bayangkan sekiranya proses tersebut tidak dapat berjalan seperti biasa?

Pasti darah kita akan mengandungi pelbagai zat-zat kimia yang berbahaya.

 

Gejala-Gejala Hepatomegali

Hepatomegali tidak akan menunjukkan sebarang gejala ketika diperingkat awalnya. Ia akan menunjukkan gejala apabila keadaan tersebut semakin memburuk. Jadi sekiranya anda mengalami gejala-gejala seperti dibawah. Segeralah lakukan pemeriksaan dan dapatkan rawatan yea. Jom kita tengok, apa gejala-gejala yang kebiasaannya ditunjukkan oleh hepatomegali :

  • Sakit perut terutamanya pada bahagian atas sebelah kanan
  • Warna kulit atau bebola mata putih menjadi kekuningan
  • Sering mual-mual dan muntah
  • Buang air besar berdarah
  • Nafas menjadi pendek dan mudah lelah
  • Sering merasa gatal-gatal diseluruh tubuh badan
  • Kaki mengalami pembengkakan

 

Langkah Mengatasi Hepatomegali

  •  Elakkan daripada minum minuman beralkohol
  • Mengamalkan pemakanan seimbang dengan diet yang sihat
  • Banyakkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Lakukan senaman dengan teratur
  • Memastikan berat badan anda normal dan elakkan daripada masalah (obesiti)
  • Berhenti daripada merokok

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

http://www.kerjanya.net/faq/4519-hepatomegali.html

http://www.alodokter.com/hepatomegali

http://health.liputan6.com/read/635094/hepatomegali-saat-hati-bengkak-melampaui-ukuran-normal

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>