Penyakit Peritonitis

oie_DaIroL9GhiMQ

Hai semua, semoga semuanya sihat sentiasa. Tajuk yang dipilih oleh tcm hari ini ialah berkenaan dengan sejenis penyakit yang dikenali sebagai “peritonitis”. Peritonitis adalah sejenis penyakit yang membuatkan seseorang itu mengalami keradangan pada lapisan nipis pada bahagian dalam perut mereka. Lapisan nipis tersebut dikenali sebagai “peritoneum”.

Perkara yang membuatkan penderita penyakit ini perlu segera diubati adalah kerana, sekiranya penyakit ini tidak diubati dan keadaan tersebut menjadi semakin teruk, penyakit ini dapat mengancam nyawa penderitanya dengan menjangkiti seluruh sistem tubuh badan mereka.

 

Gejala-Gejala Peritonitis

  • Mual dan muntah-muntah
  • Demam pada suhu yang tinggi
  • Mengalami diarrhea
  • Rasa sakit pada bahagian perut
  • Degupan jantung semakin kencang
  • Perut mengalami pembengkakan (sakit ketika disentuh)
  • Mengalami kelelahan

 

Faktor Pendorong

oie_wND0lHJeKziE

Peritonitis kebiasaannya disebabkan oleh jangkitan pada organ perut yang telah dijangkiti. Peritoneum boleh dikatakan dapat menahan pelbagai jenis serangan jangkitan. Akan tetapi, pendedahan secara terus menerus terhadap suatu jangkitan pada peritoneum dapat membuatkan seseorang itu mengalami penyakit peritonitis. Peritoneum dapat sembuh sekiranya segera diubati.

Selain itu, peritonitis juga dapat disebabkan oleh jangkitan daripada rahim dan saluran telur yang mungkin telah dijangkiti kuman seperti penyakit gonorea dan jangkitan chlamidia. Kelainan hati dan kegagalan jantung juga dapat menjadi penyebab kepada peritonitis.

 

Fungsi-Fungsi Peritoneum

  • Membentuk penghadang yang halus sehingga organ yang terdapat di dalam rongga peritoneum tidak bergeseran
  • Menutupi sebahagian daripada organ abdomen dan pelvis
  • Menjaga kedudukan serta mempertahankan pertembungan diantara organ dan dinding dalam abdomen
  • Tempat di mana limfa dan pembuluh darah membantu melindungi daripada serangan jangkitan

oie_zYmRN9MXVs2V

Kesan Bahaya Peritonitis

Menyebabkan penderitanya mengalami jangkitan di seluruh tubuh badan. Sekiranya ini terjadi, seseorang itu dapat mengalami kegagalan organ secara mendadak.

Berpotensi mengalami sindrom hepatorenal, iaitu suatu keadaan yang menyebabkan kegagalan ginjal yang progresif.

Mengalami ensefalopati hepatik, di mana seseorang itu mengalami kehilangan fungsi otak disebabkan organ hati tidak lagi mampu menyaring zat racun di dalam darah.

Mengalami jangkitan pada aliran darah (bakteremia)

 

 Langkah Pencegahan Peritonitis

oie_Cr7nUyW9sQRh

  • Elakkan daripada minum minuman yang beralkohol
  • Elakkan daripada mengambil ubat-ubatan terlarang serta pastikan ubat yang diambil mendapat kelulusan daripada doktor
  • Banyakkan memakan makanan yang banyak serat dan sihat
  • Elakkan daripada melakukan ‘hubungan seks bebas’ kerana dapat mengundang pelbagai penyakit berbahaya

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

http;//www.scribd.com/doc/24987318/Peritonitis-Radang-Selaput-Rongga-Perut-DEFINISI-Peritonitis

http://www.alodokter.com/peritonitis

http://dokumen.tips/documents/faktor-resiko-dan-pencegahan-peritonitis.html

https://wiriblog.wordpress.com/2012/01/22/peritonitis/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>