Tips Kesihatan : Hilang 7KG Dalam Seminggu!

oie_L3g2nysQPdMs

Hai semua, artikel yang ingin tcm kongsikan hari ini adalah berkenaan dengan tips-tips yang boleh diamalkan buat mereka yang ingin turunkan berat badan dalam waktu yang singkat namun dengan cara yang sihat. Hasil yang diperolehi daripada tips-tips yang dikongsikan ini mungkin berbeza-beza hasilnya pada setiap orang.

Walaupun begitu, bagi mereka yang bersungguh-sungguh mengamalkan tips ini, tcm pasti mereka akan berjaya mendapatkan berat badan yang diinginkan.

 

Berikut disenaraikan menu harian yang perlu anda amalkan, bermula dari hari pertama sehinggalah hari yang ke-7. Dah sedia? Jom kita mulakan :

 

Menu Hari Pertama

Pada permulaan diet ini, anda disarankan untuk hanya makan buah-buahan segar dan banyak mengandungi air sahaja. Walaupun begitu, elakkan daripada memakan pisang yea. Pastikan juga anda tidak lupa untuk banyakkan minum air kosong. Ini bertujuan supaya anda tidak mengalami masalah dehidrasi. Antara buah-buahan yang banyak mengandungi air ialah :

  • Tembikai
  • Strawberry
  • Tomato
  • Nenas
  • Blueberry
  • Raspberry
  • Oren

 

Menu Hari Kedua

Bagi mendapatkan badan yang langsing pula, anda disarankan untuk banyakkan makan sayur-sayuran. Bagaimana nak makan sayur-sayuran tersebut? Ada pelbagai macam cara untuk anda makan sayur-sayuran. Antara cara yang disarankan adalah seperti dikukus atau direbus sayuran tersebut. Elakkan sama sekali daripada digoreng atau ditumis sayuran tersebut.

Selain daripada makan sayuran sahaja, anda juga boleh menambahkan kentang yang telah direbus atau dikukus ke dalam sayuran tersebut tersebut.

 

Menu Hari Ketiga

Bagi hari yang ketiga, anda sudah boleh mencampurkan antara dua jenis menu iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran. Pada hari ketiga, anda juga dibolehkan untuk makan lebih daripada tiga hidangan dalam sehari. Sekiranya anda betul-betul ingin hilangkan 7kg dalam seminggu, elakkan daripada menu makanan anda pada hari ini daripada dicampur dengan kentang ataupun pisang. Selain itu, pastikan air kosong diminum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

 

Menu Hari Keempat

Setelah masuknya hari keempat, anda disarankan untuk makan makanan yang berasaskan pisang dan juga susu sahaja. Walaupun begitu, elakkan daripada menggoreng pisang tersebut yea! Antara contoh makanan yang boleh anda makan pada hari keempat adalah milkshake pisang.

 

Menu Hari Kelima

Bagi penggemar nasi, hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Pada hari kelima anda dibenarkan untuk makan 5 sudu nasi putih. Bagi menambahkan juga nutrien, anda disarankan untuk tambahkan 8 potongan tomato mentah atau yang direbus ke dalam hidangan anda. Anda dibenarkan untuk makan sebanyak 2 hidangan sehari. Akan tetapi, elakkan sama sekali daripada makan di malam hari.

Disamping itu, pastikan juga anda menambahkan jumlah air kosong yang diminum anda dalam sehari.

 

Menu Hari Keenam

Untuk hari yang keenam, anda hendaklah bersarapan dengan protein. Namun, elakkan juga daripada terlalu banyak. Setelah itu, anda dibenarkan untuk makan nasi 5 sudu beserta dengan sayur-sayuran sahaja.

 

Menu Hari Ketujuh

Hari ketujuh atau hari terakhir diet anda, anda sudah boleh makan 5 sudu nasi berserta sayur dan juga buah-buahan. Setelah itu, anda bolehlah menimbang berat badan anda bagi menentukan hasil yang diperolehi anda setelah seminggu anda menjalani diet ini. Tcm berharap anda berjaya mendapatkan hasil yang diinginkan.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

http://www.caramenurunkanberatbadan9.com/2015/01/cara-menurunkan-berat-badan-dalam.html

http://dokterdiet.net/menu-diet-seminggu-sehat-menurunkan-berat-badan-7-kg/3/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>