Penyakit Mata Eksoftalmus

oie_tdyPijYeksZJ

Salam khamis semua, hari ini tcm nak kongsikan pula mengenai sejenis penyakit mata yang dikenali sebagai “eksoftalmus”. Eksoftalmus adalah suatu keadaan penyakit mata di mana penderita akan mengalami penonjolan yang tidak normal pada bola mata mereka. Ianya dapat terjadi pada satu atau kedua-dua belah bola mata penderita.

Penonjolan yang berlaku pada bola mata pesakit adalah disebabkan oleh pembengkakan yang terjadi pada tisu halus di dalam kantung mata.

 

Penyebab Eksoftalmus

Terdapat beberapa faktor yang dapat membuatkan eksoftalmus terjadi. Antaranya ialah penyakit tiroid, pendarahan yang terjadi di bahagian belakang mata, pendarahan atau tumor yang terjadi di dalam rongga mata, pseudotumor, trombosis sinus kavernosus dan kecacatan arteriovenosa.

 

Gejala-Gejala Eksoftalmus

  • Satu atau kedua-dua bola mata kelihatan menonjol keluar
  • Berlakunya keradangan di dalam rongga mata
  • Mata kelihatan kering
  • Pandangan menjadi berganda
  • Berlaku pendarahan pada belakang dan di dalam rongga mata
  • Mata menjadi sensitif terhadap cahaya

 

Komplikasi Eksoftalmus

Antara komplikasi-komplikasi yang dapat disebabkan oleh eksoftalmus adalah seperti kelopak mata yang tidak dapat tertutup rapat seperti biasa, berlakunya kerosakan pada kornea mata serta berisiko mengalami konjungvitis. Menakutkan bukan? Jadi oleh itu, jagalah mata anda dengan sebaik mungkin. Mata adalah anugerah buat kita.

Berikut dikongsikan beberapa langkah pencegahan yang boleh anda amalkan supaya dapat mencegah diri anda daripada mengalami penyakit ini.

 

Langkah-Langkah Pencegahan Eksoftalmus

Langkah utama bagi mencegah daripada penyakit ini terjadi adalah dengan mengelakkan daripada segala perkara-perkara yang dapat mendorong kepada penyakit ini. Selain itu, kita juga digalakkan untuk menjaga kesihatan mata kita seperti :

  • Gunakan sunglasses sekiranya anda berada di tengah panas
  • Elakkan daripada memberi tekanan kepada mata, contoh seperti elakkan daripada membaca buku di dalam gelap
  • Makan makanan yang sihat dan baik untuk mata seperti lobak, buah-buahan serta sayur-sayuran hijau
  • Lakukan senaman mata seperti mengerakkan mata kekiri dan kekanan, ke atas dan kebawah berulang kali
  • Elakkan daripada menyentuh mata sekiranya tangan anda kotor

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://id.wikipedia.org/wiki/Eksoftalmus

http://obat-mata.org/eksoftalmus-penyakit-mata/

http://alwiherbal.com/cara-mengobati-penyakit-mata-eksoftalmus/

http://kakipromo.com/petua-dan-tips-penjagaan-mata-kekal-sihat-dan-bagus/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>