Kecederaan ACL

oie_LWrq6jzXX2Vl

Hai semua, hari ini tcm nak kongsikan dengan anda semua mengenai salah satu kecederaan yang berisiko dialami oleh pemain sukan. Tidak hanya ahli sukan sebenarnya, sesiapa sahaja dapat mengalami kecederaan ACL. Akan tetapi, ahli sukan memiliki risiko yang lebih tinggi berbanding individu lain. Kecederaan tersebut dikenali sebagai Anterior Cruciate Ligaments atau singkatannya ACL.

ACL merupakan salah satu ligamen yang terletak pada bahagian lutut. Lutut terdiri daripada 4 ligamen utama. Antaranya :

  1. Anterior cruciate ligament (ACL)
  2. Posterior cruciate ligament (PCL)
  3. Lateral collateral ligament (LCL)
  4. Medial collateral ligament (MCL)

 

Fungsi Ligamen

Ligamen merupakan sejenis tisu fiber yang mengikat dua tulang. Apabila dua tulang diikat dengan ligamen, ia akan membentuk sendi. Oleh itu, disetiap sendi kita seperti pergelangan tangan, siku, leher dan pinggang semuanya mempunyai ligamen. Jadi fungsi ACL pada bahagian lutut adalah bagi mengikat tulang peha (femur), tempurung lutut (patella) dan tulang keting (tibia dan fibula).

 

Tiga Tahap Kecederaan ACL

  1. Gred 1 : Melibatkan regangan (overstretch) kepada ACL. Akan tetapi ACL masih tidak putus.
  2. Gred 2 : Melibatkan keadaan di mana ACL mengalami koyakan sedikit.
  3. Gred 3 : Keadaan di mana ACL telah putus sepenuhnya. Keadaan ini memerlukan doktor melakukan pembedahan bagi pembinaan semula ACL pesakit yang telah putus supaya mereka dapat meneruskan aktiviti harian seperti biasa.

 

Gejala-Gejala Kecederaan ACL

  • Terdengar suara kuat ketika mengalami kecederaan
  • Rasa terlalu sakit sehingga tidak dapat meneruskan aktiviti yang sedang dilakukan
  • Dalam beberapa jam, terjadi pembengkakan
  • Menjadi tidak stabil
  • Pembengkakan yang terjadi setelah beberapa jam mengalami kecederaan pada bahagian lutut mungkin disebabkan adanya pendarahan di dalam lutut

 

Penyebab Kecederaan ACL

Kecederaan ACL dapat dialami apabila anda mengalami perlanggaran yang sangat kuat pada bahagian sisi lutut anda. Keadaan ini dapat terjadi ketika anda terkena tackle ketika bermain sukan bola sepak atau ragbi. Selain itu, kecederaan ini juga dapat terjadi ketika anda bergerak terlalu cepat dan kemudian berubah arah ketika berlari, mendarat dari melompat atau berputar.

Keadaan peregangan sendi lutut disebabkan jatuh atau jatuh dari tangga turut dapat menyebabkan kecederaan ACL. Disamping kecederaan ACL, pesakit biasanya turut mengalami kecederaan lain bersama-sama dengan kecederaan ACL. Antaranya seperti bahagian lain ligamen yang turut koyak pada bahagian lutut dan tulang rawan.

 

Tips Atasi Kecederaan ACL

  • Angkat kaki anda di atas paras jantung dan rehatkan seluruh tubuh badan anda
  • Tuam ais pada bahagian lutut sekurang-kurangnya selama 20 minit dan terus menerus selama 2 jam
  • Gunakan penghilang rasa sakit seperti ubat anti keradangan non-steroid
  • Elakkan dari menggerakkan lutut anda dari mengalami kecederaan serius
  • Gunakan kayu untuk membantu kaki anda kekal lurus hingga diperiksa doktor
  • Elakkan dari meneruskan aktiviti anda atau aktiviti lain sebelum diperiksa dan diubati doktor

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/search?q=kecederaan+acl

https://semuanyabola.com/kecederaan-acl-lutut-bola-sepak/

https://hellosehat.com/penyakit/cedera-acl/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>