Masalah Haematuria

oie_45nDs8oDdfAD

Hai semuanya, apa khabar? Pada hari ini, tajuk yang dipilih ialah mengenai sejenis permasalahan yang dikenali dengan nama “Haematuria”. Pertama sekali, jom kita tengok apa haematuria itu sebenarnya? Haematuria adalah sejenis penyakit yang ditandai dengan adanya darah di dalam urin kita. Pada sesetengah kes, darah boleh juga terdapat di dalam urin seseorang itu tanpa dapat dilihat dengan mata kasar.

Ini kerana, kemungkinan hanya terdapat sedikit sahaja kandungan darah tersebut di dalam urin seseorang itu. Walaupun begitu, ianya adalah suatu yang serius serta hendaklah ditanggani dengan serius walaupun hanya terjadi satu kali sahaja. Terdapat dua jenis haematuria yang dapat dikenalpasti. Yang pertama ialah, Gross Haematuria dan yang kedua ialah Microscopic Haematuria.

 

Gross Haematuria

Haematuria jenis ini dapat dilihat menggunakan mata kasar sekiranya terdapat darah di dalam urin. Sekiranya urin anda berwarna merah atau merah muda atau terdapat sebarang gumpalan-gumpalan darah maka anda berkemungkinan mengalami gross haematuria atau juga dikenali sebagai macroscopic haematuria.

Microscopic Haematuria

Sekiranya anda dikesan menghidapi haematuria akan tetapi darah di dalam urin anda tidak terlihat dengan mata kasar (jumlah yang sedikit), maka anda berkemungkinan mengalami microscopic haematuria. Ianya hanya dapat dikenalpasti di makmal dengan mengunakan peralatan yang tertentu.

 

Pendorong Terjadinya Haematuria

Haematuria umumnya terjadi sebagai gejala daripada suatu penyakit yang lain. Terdapat pelbagai faktor yang mendorong berlakunya haematuria. Antaranya ialah :

  • Menstruasi
  • Trauma
  • Jangkitan saluran kencing
  • Senaman berlebihan
  • Kanser ginjal atau pundi kencing
  • Penyumbatan darah di saluran kencing
  • Pembesaran prostat

 

Gejala-Gejala Haematuria

oie_Gjp5f5dRt3Wf

Gejala bagi haematuria kebiasaannya berbeza-beza bergantung kepada sebab utama yang menyebabkan seseorang  itu mengalami haematuria. Contohnya :

Gejala yang disebabkan jangkitan ginjal

  • Demam
  • Sakit pada bahagian pinggang
  • Sakit pada bahagian bawah punggung

Gejala yang disebabkan batu karang

  • Merasa terlalu sakit pada bahagian perut atau pinggul

Gejala yang disebabkan jangkitan saluran kencing

  • Sakit ketika buang air kecil
  • Demam
  • Sakit pada bahagian bawah perut

 

 Langkah Pencegahan

Langkah utama di dalam mencegah daripada mengalami haematuria adalah dengan mencegah segala perkara yang dapat mendorong berlakunya haematuria. Bagi mencegah jangkitan, pastikan anda minum pada kuantiti yang mencukupi, segera buang air kecil setelah berhubungan badan, serta amalkan gaya hidup sihat.

Untuk mencegah batu karang pula, pastikan pengambilan air yang mencukupi, cegah sebarang diet tinggi garam. Bagi mencegah kanser pundi kencing, elakkan daripada merokok serta cegah daripada terdedah kepada bahan kimia dan radiasi yang berbahaya.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

oie_Un5hhN8USaCv

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>