Penyakit Kanser Tulang

oie_w4P7Hy1RXc0a

Tajuk yang tcm nak kongsikan bersama anda pada hari ini ialah berkenaan dengan penyakit kanser tulang. Tahu tak anda, terdapat lebih daripada 200 tulang di dalam tubuh kita yang mempunyai pelbagai jenis fungsinya yang tersendiri. Kanser tulang biasanya terjadi pada mana-mana bahagian tulang yang sering mengalami pertumbuhan.

Fungsi utama bagi tulang ialah sebagai rangka untuk tubuh badan dan melindungi organ-organ utama kita seperti paru-paru dan juga hati. Walaupun kanser tulang tidak kerap berlaku seperti mana kanser pada organ-organ lain, kita hendaklah memandang masalah ini dengan serius dan bertindak menjaga kesihatan tulang kita agar sentiasa sihat dan kuat.

 

Gejala-Gejala Kanser Tulang

  • Mengalami pembengkakan pada tulang
  • Merasa sakit terutamanya sewaktu malam
  • Tulang menjadi rapuh dan lebih mudah untuk patah
  • Hilangnya selera makan serta berat badan yang menurun
  • Mengalami kehilangan fungsi anggota tubuh

 

Menurut kajian yang telah dijalankan, kebanyakan kes kanser tulang banyak terjadi pada peringkat kanak-kanak ataupun awal remaja. Kanser tulang amat jarang sekali ditemui pada orang-orang dewasa. Jadi, sekiranya anda seorang ibu ataupun bapa ataupun sesiapa sahaja yang mempunyai anak ataupun adik yang mengalami gejala seperti diatas, segeralah lakukan pemeriksaan.

 

Risiko Kanser Mengikut Bahagian

Kanser tulang mempunyai kadar risiko yang berbeza-beza mengikut bahagian yang tertentu. Antaranya ialah ia ditemui lebih banyak berlaku pada bahagian tulang lutut kira-kira sebanyak 60%, diikuti pula dengan 15% pada kawasan punggung, 10% pada bahagian tulang bahu dan sekitar 8% pada bahagian rahang.

 

Dengan mengetahui kawasan-kawasan yang berpotensi diserang oleh kanser tulang, ibu bapa hendaklah lebih peka akan perkara yang terjadi pada anak mereka terutamanya pada kawasan-kawasan tersebut.

Contohnya, ibu bapa dapat mengesan anaknya mungkin berisiko menghidapi kanser tulang sekiranya terdapat pembengkakan pada lutut anak mereka sehingga membuatkan mereka sakit dan sukar untuk berjalan.

Walaupun ia lebih banyak terjadi pada kanak-kanak, orang dewasa juga perlu berjaga-jaga akan penyakit ini. Bak kata pepatah, mencegah kan lebih baik dari mengubati :)

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

http://penyakitkritikal.blogspot.my/2008/07/kanser-tulang.html

http://www.myhealth.gov.my/kanser-tulang/

https://sitik.wordpress.com/2010/08/06/mengenal-kanser-tulang/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>