Kelebihan Berpuasa (Menurut Sains)

oie_DPeuDQIEBVuu

Hari ini, 18/Jun/2015 merupakan hari pertama umat islam mula berpuasa. Jadi, TCM ingin mengambil kesempatan ini bagi mengucapkan selamat berpuasa bagi semua umat islam di seluruh dunia. Semoga ramadhan kita kali ini, lebih baik dari yang sebelumnya. Semua umat islam yang telah akil baligh serta sihat akal fikirannya wajib berpuasa. Terdapat banyak kelebihan bagi mereka yang berpuasa. Bagi mereka yang tidak beragama islam.

Pasti anda tertanya-tanya kan, kenapa orang islam perlu berpuasa? Sebenarnya, berpuasa juga merupakan salah satu cara langkah penjagaan kesihatan. Seperti anggota badan kita yang lain, perut juga perlukan masa untuk berehat daripada sentiasa bekerja melakukan proses penghadaman makanan yang kita makan. Dengan berpuasa, kita mampu merehatkan perut kita sekaligus membuatkan tenaga yang tidak digunakan untuk penghadaman, dapat digunakan untuk hal penting yang lain.

 

Antara Manfaat2 Berpuasa :

oie_GPsljTDOs8sP

  1. Detoksifikasi – Ia merupakan satu proses normal di dalam badan bagi membuang, menyingkirkan atau meneutralkan bahan-bahan toksik melalui usus besar, hati, buah pinggang, paru-paru, saluran limpa dan juga kulit. Dengan berpuasa, proses ini dapat dipercepatkan kerana tiada makanan yang masuk ke dalam badan dan badan beralih kepada sumber tenaga daripada simpanan lemak badan. Bila lemak badan digunakan sebagai sumber tenaga, proses autolisis menyebabkan berlakunya pelepasan bahan kimia toksik yang turut tersimpan ke dalam saluran darah dan seterusnya disingkirkan melalui kaedah yang disebutkan di atas. Ada bahan kimia toksik yang turut tersimpan bersama lemak, yang didapati melalui udara yang disedut, juga akan tersingkir dalam proses autolisis ini.
  2. Proses Rejuvenasi (Mempermuda) – Proses metabolisme yang rendah, penghasilan protein yang lebih efektif, sistem imun yang lebih berkesan dan pertambahan penghasilan hormon dalam badan semasa berpuasa menyebabkan proses rejuvenasi ini. Selain penghasilan hormon tumbesaran yang lebih banyak, hormon antipenuaan juga bertambah penghasilannya semasa kita berpuasa.
  3. Proses Penyembuhan – Semasa berpuasa, penggunaan tenaga dalam badan dialihkan dari saluran pemakanan, iaitu usus untuk mencerna makanan kepada sistem yang lebih penting seperti sistem imun dan metabolisme. Hal ini kerana, disebabkan kurang penggunaannya sewaktu kita berpuasa. Disebabkan badan tidak membuang banyak tenaga di usus, badan dapat memberi tumpuan kepada proses penyembuhan melalui metabolisme dan seterusnya meningkatkan kemampuan sistem imun badan kita. Hormon tumbesaran juga dibebaskan semasa puasa dan ini membantu proses penyembuhan lebih efektif.
  4. Meningkatkan ketajaman mental – Apabila badan kita bebas daripada segala jenis toksik yang mengalir di dalam darah, kemampuan untuk berfkir juga secara automatik akan meningkat. Semasa kita makan, banyak sumber tenaga dalam darah dan saraf dihantar ke usus untuk proses penghadaman. Sekiranya tenaga ini tidak diperlukan di usus, ia akan dihantar ke otak untuk proses berfikir. Hal ini akan berlaku setelah lebih dari 3 hari kita berpuasa. Ini kerana, pada 3 hari pertama, tenaga masih lagi digunakan bagi menyahkan toksin yang ada, selain dari membersihkan sisa-sisa kotoran dalam saluran pemakanan. Selepas dari fasa ini, darah yang mengalir ke otak akan menjadi lebih bersih seterusnya membuatkan kemampuan untuk berfikir lebih tinggi.

 

Puasa sememangnya mendatangkan pelbagai kebaikan buat kesihatan kita. Namun, kita hendaklah berpuasa dengan cara yang betul. Iaitu, disamping berpuasa, kita juga hendaklah menjaga kesihatan kita seperti banyakkan minum air kosong bagi mengelakkan berlakunya dihidrasi. Dengan menjaga kesihatan diri sewaktu berpuasa, kita juga akan mendapat pelbagai lagi kebaikan daripada berpuasa. Berikut merupakan beberapa tips yang boleh kita amalkan bagi menjaga kesihatan diri kita sewaktu berpuasa.

  • Banyakkan minum air suam – Ianya penting untuk membersihkan segala toksik dalam badan kita dan ia juga membantu membersihkan organ pencernaan kita yang banyak berehat ketika kita berpuasa.
  • Berbuka dengan kurma – Kurma adalah sejenis makanan yang mengandungi karbohidrat ringkas yang akan membekalkan tenaga kepada badan dengan segeranya apabila kita makan.Ia tidak perlu dicerna terlebih dahulu untuk membekalkan tenaga kepada badan. Jadi, badan kita akan cepat terasa cergas selepas memakannya.
  • Amalkan bersahur – Bersahur bolehlah diumpamakan seperti sarapan pagi. Seperti sarapan, ia juga memainkan peranan penting buat badan kita. Dengan bersahur, badan kita akan berasa lebih bertenaga sepanjang tempoh berpuasa.
  • Tidur yang cukup – Dengan mendapat tidur yang mencukupi, badan kita akan lebih bertenaga. Disebabkan pada bulan puasa ini kita akan bangun lebih awal untuk bersahur, jadi sebaiknya adalah sekiranya kita dapat awalkan sedikit waktu tidur kita, agar badan kita tetap bertenaga dengan tidur yang mencukupi.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

animasi

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

oie_3161540RHyJXZzB

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>