Masalah Atelektasis

oie_gPBJBYRbJOJ0

Hai semua, artikel yang akan dikongsikan oleh tcm pada hari ini adalah mengenai sejenis masalah yang dikenali sebagai atelektasis. Atelektasis merupakan suatu keadaan di mana paru-paru tidak dapat berfungsi dengan normal kerana terdapat gangguan atau halangan pada bronkus (saluran udara yang menuju ke paru-paru) atau bronkiolus (saluran udara yang lebih kecil).

Perkataan atelektasis berasal dari bahasa Yunani iaitu ‘ateles’ dan ‘ekstasis’ yang bermaksud pengembangan yang tidak sempurna. Apabila pesakit mengalami gangguan pada bronkus atau bronkiolus mereka, udara yang terdapat di dalam paru-paru tidak dapat dikeluarkan. Seterusnya udara tersebut akan diserap oleh darah, dan menyebabkan terjadinya kerosakan pada paru-paru.

 

Gejala-Gejala Atelektasis

Gejala yang dialami pesakit atelektasis sangat sukar untuk dikenalpasti. Selain itu, gejala yang dialami mereka juga bergantung pada ukuran paru-paru yang mengalami atelektasis. Antara gejala-gejala umum adalah seperti :

  • Sukar untuk bernafas (dispnea)
  • Batuk
  • Nafas menjadi cepat dan pendek
  • Demam

Bagi pesakit atelektasis yang disebabkan penyumbatan atau halangan pada bronkus, gejala-gejalanya adalah seperti :

  • Sakit pada bahagian yang terkena atelektasis
  • Dispnea yang terjadi secara tiba-tiba
  • Sianosis (kebiruan pada kulit, bibir dan hujung jari kerana kekurangan oksigen)
  • Denyutan jantung meningkat (takikardia)
  • Tekanan darah rendah
  • Demam

 

Faktor Penyebab Atelektasis

Secara umumnya, atelektasis terjadi disebabkan oleh halangan pada saluran pernafasan. Antara halangan tersebut adalah seperti :

  1. Plak mukus – Terdapat penumpukan mukus (lendir) pada saluran pernafasan. Penyedutan mukus sering dilakukan bagi membersihkan mukus. Plak mukus sering dijumpai pada pesakit asma dan cystic fibrosis.
  2. Benda asing – Biasanya dialami kanak-kanak kerana benda asing seperti kacang dapat dimasukkan ke dalam hidung
  3. Saluran pernafasan semakin sempit – Dapat disebabkan jangkitan kronik oleh kulat pada saluran pernafasan atau tuberkulosis
  4. Tumor – Terdapat ketumbuhan tumor di dalam saluran pernafasan
  5. Penggumpalan darah – Dapat terjadi sekiranya terdapat pendarahan parah dalam paru-paru dan tidak dapat dikeluarkan

Selain disebabkan oleh halangan, atelektasis juga dapat disebabkan oleh :

  1. Luka – Trauma pada bahagian dada seperti terjatuh, atau mengalami kemalangan kenderaan sehingga tidak mampu menarik nafas dalam-dalam kerana sakit.
  2. Efusi pleural – Terjadinya penumpukan cairan di antara saraf pleural dan di dalam dada.
  3. Pneumonia – Dapat menyebabkan keradangan dan menyebabkan atelektasis dalam jangka masa pendek
  4. Pneumotoraks – Berlaku kebocoran udara di antara paru-paru dan dada
  5. Tumor – Terletak di luar saluran pernafasan akan tetapi disekitar paru-paru sehingga dapat menekan paru-paru dan menyempitkan saluran pernafasan.

 

Kesan Atelektasis Pada Paru-Paru

Apabila berlakunya atelektasis, paru-paru pesakit akan mengalami kerosakan. Apabila paru-paru sudah rosak, paru-paru akan menjadi tidak elastik serta tidak mampu untuk mengambil udara. Kesan daripada keadaan ini, proses penyerapan oksigen dan pembuangan karbon dioksida tidak dapat berjalan seperti biasa. Atelektasis yang terjadi pada bayi yang baru dilahirkan lebih bahaya berbanding orang dewasa.

Ini kerana, orang dewasa mempunyai bahagian paru-paru yang lain untuk membantu menggantikan bahagian paru-paru yang tidak berfungsi. Akan tetapi, apabila keadaan ini berlaku pada bayi, ianya sangat berbahaya.

 

Langkah Pencegahan Atelektasis

  • Berhenti merokok serta elakkan dari terdedah kepada asap rokok
  • Lakukan latihan menarik nafas secara mendalam
  • Sering ubah posisi ketika tidur
  • Mengamalkan gaya hidup sihat

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/search?q=atelektasis

https://id.wikipedia.org/wiki/Atelektasis

http://www.alodokter.com/atelektasis

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>