Alopecia (Botak Setempat)

oie_AwNIk1Ma97Bl

Alopecia“?? Ia adalah suatu keadaan, di mana rambut kita mengalami keguguran yang cukup parah sehingga boleh menyebabkan kepala nyaris botak. Secara lebih tepatnya, alopecia adalah sejenis penyakit keguguran rambut atau ianya juga lebih dikenali sebagai “Botak Setempat”. Proses tersebut berlaku sangat pantas sehingga kita tidak akan menyedari hal itu berlaku. Contohnya, kita hanya akan menyedarinya apabila sudahpun terdapat tompokan di atas kepala kita. Perkara ini banyak dialami oleh kaum muda, di mana pada satu ketika di dalam kehidupan mereka. Rambut mereka akan mendadak gugur sehingga kelihatan hampir botak.

 

Alopecia Terbahagi Kepada 3

oie_0kMClgjzGWyC

  1. Alopecia Universal – Keguguran atau kehilangan rambut secara menyeluruh terhadap seluruh kulit yang normalnya ditumbuhi rambut.
  2. Alopecia Total – Keguguran atau kehilangan rambut yang meliputi sehingga 75% atau lebih.
  3. Alopecia Areata – Keguguran yang berlaku secara setempat-setempat. Secara umumnya terdapat pada kulit kepala, namun tetap berpotensi untuk mempengaruhi tempat lain juga yang berambut.

 

Selain daripada itu, terdapat satu lagi jenis kebotakan khas yang dinamakan sebagai Male Pattern Alopecia atau lebih dikenali lagi sebagai “Alopecia Androgenika“. Alopecia jenis ini kebiasaannya terjadi kepada lelaki pada umur akhir 20-an atau awal 30-an.

 

Antara Jenis2 Alopecia Androgenika

v2-image2852599357527110524

  1. Jenis pertama – Rambut kelihatan masih penuh.
  2. Jenis kedua – Nampak pengurangan rambut pada kedua-dua bahagian tepi rambut. Untuk jenis pertama dan kedua, belum kelihatan keguguran.
  3. Jenis ketiga – Border line.
  4. Jenis keempat – Pengurangan rambut pada kawasan depan dan tepi, disertai pula dengan pengurangan rambut pada pertengahan bahgian hadapan.
  5. Jenis kelima – Mempunyai ciri-ciri seakan yang keempat, akan tetapi membawa kesan yang lebih teruk.
  6. Jenis keenam – Keguguran pada pertengahan bahagian depan menjadi satu dengan bahagian puncak kepala.

 

Antara penyebab2 Alopecia

oie_transparent

  • Keturunan – Secara umumnya, alopecia jenis ini sukar untuk dielakkan kerana di dalam darah mereka, sememangnya sudah terdapat benih alopecia ini.
  • Hormon – Perubahan hormon ketika melahirkan, menyusukan, haid yang tidak rutin dan masalah pada hormon thyroid dapat menjadi pencetus alopecia.
  • Gaya hidup – Contohnya seperti stress dengan masalah di tempat kerja, kehilangan pekerjaan, terlalu banyak memakan fast food serta kurang seimbangnya pengambilan makanan.
  • Vitamin A – Terlalu banyak pengambilan vitamin A
  • Rawatan kemoterapi – Ubat yang digunakan untuk rawatan kemoterapi, dapat menyebabkan kebotakan.

 

Rawatan Alopecia :

animasi

Kepada mereka yang mengalami masalah ini. Pasti anda tidak ingin tunggu sehingga masalah ini menjadi semakin teruk bukan? Selain dapat membuatkan anda kekurangan rambut, masalah ini juga mampu membuatkan anda kekurangan keyakinan diri.  Oleh itu, TCM pasti ramai yang tercari-cari akan rawatan yang berkesan di dalam mengubati penyakit ini. Di sini, TCM ingin kongsikan info yang sangat-sangat berguna kepada mereka yang mengalami masalah ini. TCM cadangkan kepada mereka yang mengalami masalah ini, untuk melapangkan masa dan berkunjung The Tole Acupuncture Herbal-Medical Center. Mereka sememangnya berpengalaman luas di dalam mengubati penyakit seperti ini.

Baca info selanjutnya di :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Rawatan_Herba_Botak_Setempat.html

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

oie_3161633KyCVYvFp

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>