KELEBIHAN MINUM TEH HIJAU
Kelebihan dan manfaat minum teh hijau untuk kesihatan tubuh badan.
Teh Hijau adalah minuman yang sengat terkenal sejak zaman dulu lagi. Kajian demi kajian dilakukan saban tahun dan mendapati memilki pelbagai kebaikan. Teh Hijau kaya dengan antioksidan dan memiliki kosong kalori.
Dibawah ini adalah antara kelebihan yang boleh didapati dari minuman teh hijau;-
1- Mencegah Azlheimer dan Parkison;
Teh hijau mengandungi antioksidan yang memberi kebaikan mencegah kerosakan sel sel otak yang boleh menyebabkan Alzheimer dan Parkison. Tidak hanya mencegah sel sel otak dari rosak malah membaiki mana mana sel sel otak yang rosak. Ini adalah kelebihan yang terbesar dari teh hijau.
2- Anti aging;
Bermacam macam produk anti penuan yang ada dipasaran sekarang. Kebanyakan nya menggunakan bahan kimia yang belom tentu berjaya dan selamat. Antioksidan didalam teh hijau mampu mencegah kekedutan dan membantu merawat kulit muka.
3- Mencegah kerosakan gigi
Teh hijau mengandungi antioksidan bernama Catechin yang mencegah kerosakan gigi dengan menghilangkan bakteria atau virus didalam mulut dan memperlambatkan bakteria yang menyebabkan mulut berbau.
4- Mencegah diabetes
Kelebihan lain teh hijau adalah mampu mengatur kadar gula dalam darah dan mencegah kenaikan gula dalam darah.
5- Mengatasi tekanan darah dan kolesterol
Berjuta juta penduduk bumi mengalami kolesterol yang tinggi dan masalah tekanan darah. Teh hijau mampu membantu dalam mengawal tekanan darah dan kadar kolesterol
6- Mengurangkan stress
Tekanan dari kerja atau kehidupan peribadi adalah penyebab utama stress. Salah satu kelebihan teh hijau adalah mengurangkan stress. Teh hijau mengandungi Autheanine yang dapat memberi ketenangan.
7- Mengurangkan risiko menghidap kanser
Kanser adalah salah satu penyakit yang paling mahal dan menakutkan. Teh hijau dapat membantu anda mengurangkan risiko menghidap kanser. Dalam kajian mendapati teh hijau adalah 100 kali lebih efektif dibandingkan dengan vitamin C.
8- Mencegah penyakit jantung
Teh hijau membantu mencegah penyakit jantung dengan beberapa langkah. Pertama , menurunkan tingkat kolesterol. teh hijau juga mengawal tekanan darah dan membuat pembuluh darah menahan tekanan darah tinggi serta mencegah pembekuan darah di arteri.
9- Mengurangkan berat badan
Dalam berusaha untuk mendapatkan berat badan yang ideal, antioksedan dan polyphenyl dalam teh hijau dapat membantu dalam meningkatkan metabolism badan .
Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!
Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html
Satu artikel yang bermanfaat..
Terima kasih kerana berkongsi.
Tapi, saya hanya minum air teh hijau yang dibeli di pasar seperti yang sudah siap.. Saya pasti ia ada bahan pengawet. Adakah saya masih mendapat kelebihan tersebut?
Terima kasih Nur Hanani atas respon Pn.
Berkenaan berkaitan persoalan teh hijau yg ready made. memang kebanyakan teh hijau yang ready made yang ada kat pasaran terdapat sedikit bahan pengawet untuk penyedap rasa dan untuk mengekalkan ketahanan lama produk tersebut. pior air teh hijau ini telah diserap oleh bahan pengawet tadi. untuk mendapatkan 100% kelebihan khasiat teh hijau ini, Pn boleh cari produk made exclusively for Prince Of Peace Enterprise USA. ni bukan promosi untuk produk tersebut tau, sekadar berkongsi pengalaman sahaja. bila minum teh hijau ni, kita kerap akan buang air kecil. penat sikit asyik ke toilet, hehe. tapi kalu untuk kesihatan, x jadi hal pun kan. so selamat mencuba puan.
orang kata teh hijau elok diminum secara kosong tanpa letak gula kerana dikatakan khasiatnya akan berkurang.
betul tu. lagi pun bukan pahit mana pun teh hijau. kelat kelat gitu je.
Mari kita bincangkan di forum http://forums.herbal-treatment-advisory.com/index.php
Mari kita bincangkan di forum http://forums.herbal-treatment-advisory.com/index.php