Ketagihan Alkohol

oie_26GDFoWAVJvU

“Alkohol” atau juga lebih dikenali sebagai minuman keras merupakan sejenis minuman yang dapat memabukkan. Walaupun begitu, pada sesetengah kes, alkohol juga dapat digunakan untuk tujuan perubatan. Masalah akan berlaku sekiranya alkohol disalahgunakan seperti pengambilan alkohol secara berlebihan, menggunakan alkohol sebagai jalan untuk keluar dari masalah, bersukaria memabukkan diri dengan alkohol dan sebagainya. Dengan melakukan perkara-perkara seperti di atas, kita akan mengundang masalah yang lain yang sangat mengancam kesihatan kita seperti ketagihan alkohol. Ketagihan alkohol merupakan satu penyakit yang boleh memudaratkan kesihatan fizikal, tingkah laku dan emosi peminumnya.

Bagaimana Alkohol Mempengaruhi kita

Apabila seseorang itu meminum alkohol, ia akan terus bertindak ke atas sel-sel otak peminum tersebut dengan meransang otak mereka sebelum mengganggu fungsinya sehingga menyebabkan gangguan kepada penglihatan, ingatan dan lain-lain. Seterusnya, pengambilan alkohol sebanyak 2-3 gelas dalam masa sejam sahaja sudah cukup membuatkan seseorang itu tidak stabil. Kesan pengambilan alkohol sememangnya memberikan kesan yang buruk terhadap kesihatan diri peminumnya dan juga orang lain.

 

Kesan Ketagihan Alkohol (Fizikal)

oie_oEJh7qzBxVZI

  1. Merosakkan tindak balas refleks, mental dan fizikal
  2. Barah otak, lidah, mulut, esofagus, larink dan pundi kencing
  3. Merosakkan organ hati seperti sirosis, steatosis dan hepatitis
  4. Ulser dan gastritis
  5. Kecederaan pada otak serta masalah saraf
  6. Berlaku masalah jantung serta tekanan darah
  7. Kekurangan zat makanan dan terjadi gangguan dalam perut
  8. Obesiti
  9. Masalah seksual

 

Seperti yang dapat kita lihat, kesan alkohol sememangnya memudaratkan diri kita sendiri. Tambahan pula, ia juga mampu membahayakan keluarga kita. Bayi yang lahir daripada keturunan yang mengamalkan pengambilan akohol juga akan turut terpengaruh dengan Simptom-Simptom seperti berikut.

  • Kepala kecil
  • Kurang tinggi
  • Masalah jantung
  • Masalah pembelajaran
  • Kekurangan berat badan
  • Kecacatan kaki, tangan serta sendi
  • Koordinasi yang lemah
  • Ingatan lemah

Adakah anda sanggup merosakkan kehidupan anda dan anak anda? TCM pasti jawapannnya adalah “TIDAK”. Jadi, dengan itu, ingin TCM ingatkan sesuatu kepada mereka yang mengalami masalah ketagihan alkohol ini. Sebelum anda minumnya, ingatlah akan semua kesan buruknya yang mampu ia lakukan terhadap anda dan orang yang anda sayangi. Di sini, TCM ingin kongsikan beberapa langkah yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah ketagihan alkohol ini.

 

Langkah2 Pencegahan

oie_78WaEQF3KxpO

  1. Cari aktiviti lain bagi menenangkan diri, serta elakkan dari mengambil alkohol
  2. Melakukan aktiviti yang sihat seperti jogging, berbasikal dan juga bersenam
  3. Sedar diri sebagai “role model” kepada anak-anak dan sentiasa menunjukkan perbuatan yang positif untuk mereka ikuti
  4. Selalu mengingatkan diri akan kesan-kesan buruk pengambilan alkohol
  5. Belajar untuk menguruskan tekanan dengan cara yang betul

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

animasi

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

oie_3161633KyCVYvFp

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>