Penyakit Tonsilitis

oie_geYP9l8htEyX

Salam rabu semua, semoga semua sihat selalu yea. Tajuk yang tcm nak kongsikan pada hari ini adalah mengenai tonsilitis atau lebih mudah dikenali sebagai tonsil bengkak. Sebelum itu, anda semua tahu apa itu tonsil tak? Bagi anda yang belum tahu, meh tcm nak share. Tonsil adalah 2 nodus limfa yang berada di dalam mulut kita yang terletak di bahagian belakang tekak kita.

Fungsi bagi tonsil ini pula adalah sebenarnya bagi menghalang bakteria di dalam tubuh badan kita. Akan tetapi, sekiranya tonsil ini sendiri yang dijangkiti oleh kuman, ianya dikenali sebagai tonsilitis.

 

Gejala-Gejala Tonsilitis

  • Sakit tekak
  • Sukar untuk menelan makanan atau minuman
  • Suara menjadi serak
  • Batuk
  • Nafas berbau
  • Hilang selera makan

 

Selain daripada gejala-gejala seperti di atas, tonsilitis juga dapat menyempitkan saluran pernafasan kita. Walaupun bengkak tonsil biasanya akan surut secara semula jadi, akan tetapi pengambilan antibiotik akan dapat mempercepatkan lagi proses penyembuhan tersebut. Bagi mereka yang mempunyai sistem ketahanan tubuh badan yang lemah, tonsil dapat membengkak secara berulang kali.

Walaupun kelihatan biasa, kita semua tetap harus berwaspada sekiranya mengalami tonsilitis. Terdapat kes yang kritikal di mana, tonsil pesakit membengkak hingga teruk dan jangkitan kuman merebak ke organ dalaman penting pesakit tersebut seperti jantung dan buah pinggang.

 

Sila Jumpa Doktor Sekiranya :

  • Demam di atas 39.5°C
  • Mengalami kelemahan otot
  • Leher terasa kaku
  • Merasa sakit dan sukar untuk menelan makanan
  • Sukar untuk membuka mulut
  • Sukar untuk bernafas

 

Tips Pencegahan Tonsilitis

Cara yang paling baik sekali adalah dengan mengelakkan diri daripada jangkitan kuman, bakteria dan virus. Cara nak elakkan daripada kuman, bakteria dan virus? Jaga kebersihan diri anda sentiasa, contoh seperti basuh tangan dengan kerap, terutama sekali sebelum makan. Menggunakan tisu dan sapu tangan sekiranya bersin.

Satu lagi yang tcm nak ingatkan, tonsilitis sangat mudah sekali untuk berjangkit, jadi sila jaga jarak anda sekiranya kawan atau saudara anda ingin batuk ataupun bersin.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://vitamin.ibucergas.com/derita-sakit-bengkak-tonsil-ubat-sakit-tonsil-semulajadi/

http://www.azeniahmad.com/2015/01/tonsil-bengkak-3-cara-mudah-untuk-hilangkan-bengkak.html

https://hellosehat.com/penyakit/amandel-tonsilitis/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>