Penyakit FIP

oie_wdPCijNRE1Io

Apa itu FIP? FELINE Infectious Peritonitis (FIP) atau juga dikenali sebagai jangkitan peritonitis kucing merupakan sejenis virus berbahaya yang sering sekali dilaporkan. Virus bagi penyakit ini berpunca daripada sejenis virus lain yang dikenali sebagai virus korona. Untuk pengetahuan semua, kesemua kucing mempunyai virus korona di dalam badan mereka.

Terkejut?? Jangan risau, ianya tidaklah berbahaya selagi virus tersebut tidak bermutasi dan berubah menjadi FIP. Jom kita tengok apakah faktor yang mendorong kepada penyakit ini.

 

Penyebab Penyakit FIP

Terdapat dua jenis virus yang menyebabkan penyakit FIP ini. Dua jenis virus tersebut ialah FcoV-1 dan FcoV-2. Sekitar 85% penyakit FIP disebabkan oleh virus FcoV-1. Penyakit ini didapati banyak terjadi di pusat perlindungan haiwan di mana terdapat kucing-kucing dewasa yang hidup bersama anak-anak kucing. Selain itu, kucing juga boleh dijangkiti FIP sekiranya kawasan tempat tinggal mereka mengandungi FECV (Feline Enteric Coronavirus).

 

Dua Jenis Penyakit FIP

Penyakit FIP dapat dikategorikan kepada dua jenis iaitu kering dan juga basah. Secara kesimpulannya, penyakit FIP jenis yang basah adalah lebih berbahaya berbanding yang kering. Lebih membimbangkan apabila, kebanyakan kucing yang dijangkiti FIP kebiasaannya akan mengalami FIP jenis basah. Boleh dikatakan hampir 70% kucing yang dijangkiti FIP dikenalpasti sebagai FIP basah.

FIP jenis basah akan membuatkan kucing yang dijangkiti mengalami pengumpulan cecair pada bahagian dalam abdomen atau paru-paru mereka atau juga kedua-duanya. Manakala bagi FIP jenis kering pula, ia akan menyebabkan berlakunya pembengkakan pada sel-sel di dalam organ badan kucing tersebut.

 

Gejala-Gejala FIP

Kebanyakan kucing yang mengalami jangkitan penyakit ini kebiasaannya tidak menujukkan sebarang gejala. Namun begitu, berikut disenaraikan juga beberapa gejala yang berpotensi dialami oleh kucing yang mendapat jangkitan ini. Antaranya ialah :

  • Bersin-bersin
  • Mata berair
  • Terdapat lendir berlebihan pada hidung
  • Diarrhea
  • Berat badan berkurang
  • Sering lemah dan lesu
  • Sukar untuk bernafas

 

Cara Penyebaran Penyakit FIP

Jangkitan bagi penyakit ini dapat disebarkan melalui sentuhan secara langsung dengan kucing yang telah pun dijangkiti. Selain itu, penyakit ini juga mampu disebarkan melalui kotoran (najis), atau sebarang peralatan yang digunakan oleh kucing yang dijangkiti tersebut seperti tempat makan, barang-barang mainan ataupun bulu kucing itu sendiri.

 

Langkah-Langkah Pencegahan FIP

  • Jaga kebersihan kucing anda
  • Pastikan kucing anda mendapat suntikan vaksin asas bagi membantu meningkatkan ketahanan tubuh badan mereka
  • Lakukan pemeriksaan kesihatan berskala pada kucing anda
  • Memastikan persekitaran rumah anda sentiasa bersih
  • Sentiasa peka akan sebarang perubahan sifat atau fizikal kucing anda
  • Berikan makanan kucing yang berkhasiat pada kucing anda

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

http://www.kucingkita.com/penyakit-kucing/feline-infectious-peritonitis-fip-radang-selaput-rongga-perut-dada-kucing

http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0607&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm

http://www.cindarkucing.com/penyakit-fip-kucing/

https://id.wikipedia.org/wiki/Feline_infectious_peritonitis

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>