Tips Kesihatan : Putihkan Gigi Dengan Buah-Buahan

oie_bebyGF3smbkD

Hai semuanya..hari ini tcm nak kongsikan dengan anda semua berkenaan dengan tips-tips bagi memutihkan gigi anda. Gigi yang cantik dapat menambahkan lagi keyakinan diri seseorang itu. Ini kerana, gigi yang cantik dan sihat dapat membuatkan senyuman seseorang itu kelihatan lebih menarik dan cantik. Tcm pasti, kita semua ingin kelihatan cantik dan menarik bukan?

Boleh dikatakan setiap hari kita akan menggunakan gigi kita bagi menghancurkan makanan yang kita makan. Sekiranya tidak dijaga dengan baik, gigi kita sangat mudah sekali untuk rosak. Walaupun masalah gigi kuning bukanlah masalah kesihatan gigi yang teruk. Akan tetapi, masalah gigi kuning akan tetap menjadikan penampilan diri kita kurang menarik.

 

Boleh ke putih?

QLLg8

Jangan risau, terdapat pelbagai tips-tips atau petua yang terdapat di internet yang dapat kita amalkan. Akan tetapi, tcm nasihatkan agar anda mendapatkan kepastian terlebih dahulu daripada mana-mana pakar perubatan sebelum mengamalkan sebarang tips yang anda temui. Ini bertujuan supaya tidak berlaku sebarang kesan yang tidak diingini dengan sebarang tips yang kita amalkan.

 

Gigi Putih Vs Buah-Buahan

1. Menggunakan Buah Strawberi

Strawberi? Yup, antara salah satu cara untuk putihkan gigi kita adalah dengan menggunakan buah strawberi. Caranya ialah dengan melumatkan sebiji buah strawberi dan kemudian gosokkan pada gigi anda. Selain itu, anda juga boleh mencampurkan sedikit baking soda ke dalam strawberi yang lumat tersebut.

Setelah gosok pada gigi anda, biarkan selama 3-5 minit dan kemudian bilas hingga bersih. Disebabkan oleh kandungan asidnya yang dapat merosakkan enamel gigi anda, rawatan ini hanya disarankan dilakukan sebanyak sekali seminggu sahaja.

2. Menggunakan Kulit Pisang

Bagi mereka yang gemar makan pisang, tahu x..kulit pisang sebenarnya dapat digunakan bagi mendapatkan gigi yang putih? Caranya ialah dengan menggosokkan kulit pisang pada gigi anda selama 2-5 minit.

Setelah itu, biarkannya untuk seketika dan kemudian bersihkan gigi anda dengan menggosok gigi. Bagi mendapatkan hasil yang maksimum, amalkan selama satu hingga dua minggu.

3. Menggunakan Buah Pinang

Cara memutihkan gigi dengan menggunakan buah pinang ialah dengan menggunakan buah pinang yang sudah kering. Kemudian kacip pinang tersebut hingga halus dan seterusnya bakar hingga menjadi arang. Setelah itu, gosokkan pada gigi anda dan dibiarkan untuk seketika.

Setelah itu, kumur dan bersihkan mulut anda sehingga bersih.

4. Menggunakan Buah Oren

Untuk buah oren, bukan buahnya yang akan digunakan. Akan tetapi, kulit oren atau lemon sebenarnya yang akan digunakan untuk memutihkan gigi. Caranya ialah dengan menggosok gigi anda dengan menggunakan kulit oren atau lemon.

Jadi, sebelum dibuang begitu sahaja kulit oren setelah makan, apa kata kita cuba dulu tips ni.

5. Menggunakan Kulit Jeruk

Seperti kulit pisang dan oren, kulit jeruk juga mampu memutihkan gigi anda. Anda boleh menggunakan pada bahagian putih atau bahagian dalam kulit jeruk dan menggosoknya pada gigi anda.

Tips ini dapat diamalkan sebanyak beberapa kali sehari dan diamalkan sehingga gigi anda kelihatan lebih putih. Akan tetapi, disebabkan jeruk mengandungi vitamin C, gigi akan sensitif terhadap cara tersebut.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>