KETAGIHAN INTERNET

Di Malaysia, internet serta gajet bukanlah satu benda baru bagi generasi Y kerana membesar  dan terdedah di dalam suasana dan zaman kemudahan teknologi.  Jika kegunaan internet diguna sebaiknya, tidak timbul masalah kepada penggunanya. Internet mampu membuat dan menerima maklumat dengan pantas walaupun jarak beribu batu.

ketagihWalaubagaimanapun keupayaan teknologi boleh menyebabkan seseorang menjadi leka dengan pelbagai perkara yang boleh diperolehi di dalam internet. Tiada had yang khusus  untuk mengakses internet menjadikan remaja menjadi ketagihan kepada teknologi mudah alih ini.

Pakar di Jabatan Perubatan Psikologi, Universiti Malaya berkata, masalah penggunaan internet berlebihan boleh disebabkan oleh permainan dalam talian, pronografi, judi internet dan media social. Seseorang itu boleh dikategorikan sebagai ketagihan terhadap internet apabila menggunakan internet secara berlebihan sehingga mengabaikan makan, minum, rehat dan tidur. Penagih internet ini biasanya akan mula gelisah apabila tidak dapat menggunakan internet. Mereka juga lebih cenderung dan kerap untuk menukar gajet kepada yang lebih canggih untuk mendapatkan akses internet yang lebih baik dan laju.

ketagih2Kesan negatif bagi seorang pelajar yang menjadi ketagihan kepada internet,  akan mengabaikan pembelajaran, gangguan emosi bila tidak dapat berinternet dan lebih teruk akan ponteng sekolah untuk ke siber kafe. Malah ada juga yang mencuri untuk mendapatkan wang untuk ke siber kafe. Bagi yang bekerja pula, produktiviti bekerja menurun dan akan memberi  masalah kepada rakan sekerja lain.  

Kegunaan internet yang berlebihan akan meyebabkan keletihan yang akan menjejaskan mata, jantung, obesiti dan emosi tertekan. Bagaimanapun masalah ini tidak disedari  oleh penghidapnya, tetapi boleh dikenal pasti oleh kawan dan orang disekeliling. Disinilah keluarga, kawan kawan perlu mainkan peranan dengan menegur atau memberi  nasihat kepada mereka yang sakit ini.

ketagih3Sesetengah negara  menyediakan perisian yang sesuai untuk menghadkan waktu kegunaan internet dan menapis kandungan setiap laman yang dilayari. Dengan ini, ibubapa boleh memastikan dan memantau apa yang anak anak buat ini kerana penting bagi perkembangan kanak kanak. Tanpa didikan atau bimbingan, kanak kanak tidak dapat memilih mana yang benar atau salah.

 

Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!

Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

Sihat Bersama TCM

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>