TAK NAK BERTONGKAT DI USIA TUA??

Berat badan yang melampau, kurang penjagaan diri, kecederaan atau terlalu aktif, adalah sebahagian daripada punca sakit kaki dan lutut yang menyerang golongan berusia emas ini. Jangan pandang remeh masalah ini jika anda tidak mahu sengsara seumur hidup, ini kerana kaki memainkan peranan yang terpenting dalam fungsi pergerakan tubuh kita.

osteoporosisHIDAP OSTEOPOROSIS (TULANG RAPUH)

osteoporosis2Kebanyakan golongan warga emas akan mengadu sakit lutut. Ini mungkin disebabkan oleh osteoarthritis iaitu akibat kekurangan cecair pelincir pada sendi. Obesiti adalah punca paling popular penyebab dan dengan cara menurunkan berat badan boleh membantu mengurangkan kesakitan pada lutut selain dari bantuan penggunaan tongkat.

Terapi fizikal seperti senaman ringan juga perlu dijalankan untuk yang mampu dan pengidap yang belum kronik. Rawatan utama pula adalah ubat-ubatan seperti ubat penahan sakit, ubat merangsang pembentukan cecair pelincir dan suntikan asid hyaluronik ke dalam sendi yang terjejas. Pembedahan dan penggantian dengan sendi tiruan adalah alternatif terakhir sekiranya rawatan menggunakan ubat gagal.

CEGAH SEBELUM PARAH

Kebanyakan golongan yang kerap sakit kaki dan lutut adalah golongan yang bekerja banyak menggunakan sokongan kaki untuk berjalan dan berdiri seperti pengawal keselamatan, guru, jurujual, dan lain lain. Biarpun tugas itu memerlukan anda berdiri dan berjalan , cubalah elak daripada berdiri tegak sepanjang masa dan berjalan terlalu lama. rehatkan kaki untuk mengelakkan daripada lenguh dan beban berat badan dapat diseimbangkan semula

Pastikan lutut dan kaki di dalam keadaan yang selesa setiap kali duduk. elakkan mencangkung ketika melakukan kerja. Duduk di atas bangku rendah supaya dapat melakukan tugas dengan selesa berbanding menunduk. Bagi anda yang tidur melentang, letak bantal di bawah pelipat kaki untuk elak ketegangan pada otot lutut ketika tidur.

Elak daripada berada dalam posisi yang sama lebih daripada 15 minit. Jika anda mula sakit lutut, jangan terlalu banyak berjalan kerana ia akan memburukkan lagi keadaan. Usah paksa diri dengan melakukan senaman atau aktiviti jika sakit lutut tidak sembuh. Jika anda tidak mampu melakukan kerja berat, elak paksa diri kerana ia mengundang masalah sakit lutut pada masa akan datang.

Jika dari dulu anda menjaga pemakanan dan mempunyai rutin harian yang sempurna, peratus kebarangkalian diserang sakit lutut adalah tipis. Jika kini anda sudah merasa sakit pada lutut, mungkin tip di atas boleh membantu.

osteoporosis1

Cuba tengok rajah diatas. Bila buncit, struktur pun membengkok. Peringatan pada yang buncit.

 

SELAMAT MENCUBA.

p/s: Admin mulai hari ini akan pergi zumba untuk atasi buncit ni, risau juga ni. :)

 

Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!

Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

Sihat Bersama TCM

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>