Polio..eh..Poliomyelitis

oie_KSu54D9fKpao

Penyakit polio atau juga dikenali sebagai poliomyelitis merupakan sejenis penyakit lumpuh yang disebabkan oleh virus polio. Virus ini tidak mampu untuk bertahan hidup apabila berada di dalam keadaan suhu yang tinggi. Akan tetapi, virus ini mampu untuk bertahan hidup selama bertahun-tahun lamanya di dalam keadaan sejuk beku. Penyakit ini menyerang pada setiap orang tanpa mengenal usia dan jantina. Walaupun begitu, 50% daripada kes polio terjadi kepada kanak-kanak yang berusia 3-5 tahun.

 

Bagaimana Ianya Terjadi .. ?

aa

Penyakit polio mejangkiti seseorang melalui jangkitan daripada pesakit polio itu sendiri. Penyakit polio disebar melalui makanan atau minuman yang tercemar oleh virus polio. Virus ini masuk ke dalam badan seseorang itu melalui mulut ketika seseorang itu memakan makanan atau minuman yang telah tercemar tersebut. Seterusnya, virus tersebut akan menjangkiti usus besar yang kemudiannya memasuki aliran darah dan mengalir ke dalam sistem saraf pusat yang boleh menyebabkan kelemahan otot dan kadang-kadang mampu menyebabkan kelumpuhan.

 

Kumpulan Polio serta Gejalanya

a

Walaupun membawa kesan yang serius, namun kebanyakan penderita polio tidak menyedari mereka dijangkiti penyakit tersebut. Ini kerana, penyakit polio pada awalnya, hanya menunjukkan gejala yang sedikit sahaja, bahkan ada kes yang tidak menunjukkannya sama sekali. Penderita pemyakit polio dapat dikategorikan kepada tiga kumpulan. Setiap kumpulan, mempunyai gejala-gejalanya yang tersendiri.

A. Polio non-paralisis

  • Polio non-paralisis merupakan penyakit polio yang tidak menyebabkan kelumpuhan, gejala-gejala bagi penyakit polio jenis ini adalah ringan. Berikut merupakan gejalan-gejalanya yang biasanya berlaku antara satu hingga sepuluh hari.
  1. Muntah
  2. Demam
  3. Lemah otot
  4. Meningitis
  5. Sering merasa letih
  6. Sakit kepala
  7. Merasa kaku dan sakit pada kaki, tangan, leher, dan punggung
  8. Sakit tekak

B. Polio Paralisis

  • Polio paralisis merupakan jenis polio yang parah sekali serta dapat menyebabkan kelumpuhan. Sesetengah penderita polio paralisis mampu mengalami kelumpuhan dengan sangat cepat sekali atau di dalam beberapa jam sahaja selepas dijangkiti. Kadang kala, ia hanya terjadi pada salah satu sisi tubuh sahaja. Saluran pernafasan berkemungkinan terganggu atau tidak berfungsi, sehingga memerlukan bantuan rawatan perubatan.
  1. Gejala awal yang sama seperti polio non-paralisis (contohnya demam dan sakit kepala)
  2. Dalam masa seminggu gejala polio paralisis akan muncul
  3. Sakit atau lemah otot yang serius
  4. Merasa terkulai atau lemah pada kaki dan tangan
  5. Kehilangan refleks tubuh

C. Sindrom Pasca-Polio

  • Sindrom ini biasanya menimpa mereka yang rata-rata 30-40 tahun sebelumnya pernah menderita penyakit polio. Antara gejala-gejala yang sering berlaku ialah :
  1. Sukar untuk fokus atau mengingat
  2. Mengalami tekanan atau mudah berubah suasana hati
  3. Gangguan tidur dengan kesukaran untuk bernafas
  4. Sendi atau otot makin lemah dan terasa sakit
  5. Mudah lelah

 

Faktor Pendorong Penyakit Polio

b

  • Sistem ketahanan tubuh badan yang menurun
  • Mengunjungi kawasan atau tempat di mana penyakit polio masih kerap terjadi
  • Tinggal serumah dengan penderita penyakit polio

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

animasi

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

oie_3161540RHyJXZzB

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>