Khasiat Jambu Batu

hye…

harap semua sihat dan ceria-ceria selalu kengkawan sume..

korang pernah makan jambu batu tak?  anda kenal tak?…okeylaa Jambu batu nie adalah terdiri daripada keluarga “Myrtaceae” dan merupakan buah-buahan tropika .Jambu batu ini juga dipercayai berasal dari kawasan antara Peru dan Mexico iaitu di kawasan tropika Amerika. Di Malaysia kawasan penanaman secara komersil bermula pada pertengahan tahun 1980.

sebelum tue tengok gambar jambu batu nie dulu terutamanya kepada mereka yang tidak mengenalinyaa…

kengkawan Jambu batu dipercayai mempunyai beberapa khasiat jika diamalkan setiap hari iaitu :

✓ 1. Jambu adalah buah yang kaya dengan serat, ia membantu untuk mengubati sembelit dan melancarkan sistem pencernaan.

✓ 2. Magnesium dalam jambu membantu untuk merehatkan saraf dan otot di dalam badan.

✓ 3. Jambu batu adalah rendah kalori dan lemak , ia mengandungi beberapa vitamin penting, mineral, dan antioksidan poli-fenolik dan sebatian flavonoid yang memainkan peranan penting dalam pencegahan kanser,, imun-booster, dan lain-lain anti-penuaan.

✓ 4. Jambu penuh dengan vitamin dan mineral yang membantu untuk menjaga kulit sihat, segar dan memperlahankan proses kedutan kulit.

✓ 5. Jambu batu adalah sumber yang sangat baik vitamin A, nutrien paling dikenali untuk memelihara dan memperbaiki penglihatan.

✓ 6. Sebiji buah jambu dipenuhi mempunyai kalium hampir sama seperti pisang. Kalium berfungsi sebagai faktor penting dalam mengawal tekanan darah dalam badan.

✓ 7. Kandungan vitamin E juga boleh dijumpai didalam jambu. Vitamin E membantu mengekalkan kulit yang sihat melalui sifat antioksidan.

✓ 8. Jambu batu adalah buah yang tiada kolesterol. Ia akan memenuhi perut dengan serat dan nutrien lain sekaligus mengurangkan rasa lapar untuk jangka masa yang panjang.

Jom kawan-kawan semua mulai dari sekarang jom amalkan makan buah ini selain ianya mudah didapati dan kosnya yang agak rendah ianya tersimpan berbagai rahsia kesihatan terhadap tubuh kita…

papaiiiiiiii….

Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!

Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>