Tips Kesihatan : 7 Tips Penjagaan Kuku

oie_JXQCHPEqfD3n

Hai semua, buat apa tu? Pada artikel kali ini, tcm nak kongsikan pula mengenai tips-tips bagi penjagaan kuku kita. Selain wajah, kuku juga merupakan salah satu bahagian penting yang perlu dijaga agar penampilan kita nampak lebih bersih dan menarik. Cuba anda bayangkan, apa agaknya anda rasa sekiranya anda berjumpa seseorang yang tampan atau cantik rupa parasnya akan tetapi kukunya sangat kotor?

Pasti akan membuatkan anda terfikir, “eyy kotornya dia ni”. Betul tak, jadi pastikan anda tak mengabaikan keadaan kuku anda ye. Nak tahu petua atau tips penjagaan kuku. Jom tcm kongsikan di bawah.

 

7 Tips Penjagaan Kuku

1. Jangan Gigit Kuku

Amalan menggigit kuku boleh dikatakan menjadi rutin sebahagian dari kita tidak kira lelaki atau wanita. Tahu tak anda, selain dari merosakkan kuku, anda berpotensi dijangkiti bakteria iaitu e-Coli yang terdapat pada kuku. Penting tcm nak ingatkan, tak semestinya kuku yang kelihatan bersih bebas dari kuman ye.

 

2. Minum Banyak Air

Ha, tips ini sering kita lihat diberikan didalam apa jua jenis penjagaan kesihatan. Ini adalah kerana, air merupakan satu komponen penting yang diperlukan oleh tubuh badan. Di dalam kes ini, minum banyak air dapat membantu kita mendapatkan kuku yang sihat, kuat dan cantik.

 

3. Rendam Kuku Dalam Air Bercampur Perahan Limau Nipis

Dengan cara ini, anda dapat membersihkan kuku anda. Boleh juga sekiranya anda ingin membersihkan kuku dengan limau nipis secara langsung. Akan tetapi, kesannya lebih baik sekiranya anda merendam kuku di dalam air bercampur perahan limau nipis kerana ia bukan sahaja membersihkan kuku malah membuatkan kulit tangan atau kaki menjadi bersih dan lebih berseri.

 

4. Rendam Di Dalam Air Suam

Selain rendam di dalam air bercampur perahan limau nipis, anda juga boleh merendam kuku anda di dalam air suam. Selain melembutkan , ia juga memudahkan anda untuk memotong kuku.

 

5. Makan Makanan Kaya Akan Vitamin B

Ha, pemakanan juga dapat membantu tau. Bagi mendapatkan kuku yang cantik, anda disarankan untuk memakan makanan yang kaya akan vitamin B seperti kacang, kuning telur, pisang dan juga hati.

 

6. Potong Kuku Dengan Teratur

Teknik memotong kuku juga penting bagi mendapatkan kuku yang cantik. Potonglah kuku anda dengan kerap dan secara teratur. Dengan cara ini kuku anda akan sentiasa subur dan secara tak langsung anda juga dapat mengelakkan daripada berlakunya kuku patah disebabkan terlalu panjang.

 

7. Bersihkan Kuku Dengan Cuka Dan Bawang Putih

Bagi mereka yang mempunyai kuku yang kekuningan dan kehitaman, tips ini mampu membantu anda. Titiskan cuka ke atas kuku anda dan kemudian bersihkan dengan lembut dengan menggunakan kain bersih. Setelah itu, bersihkan dengan air suam.

Bagi yang tiada cuka, anda juga boleh gunakan bawang putih. Caranya adalah dengan membelah bawang putih, kemudian gosokkan bahagian isi bawang putih pada kuku sebelum membersihkannya.

 

Macam mana, mudah sahaja kan tips-tips penjagaan kuku ini. Selain bertujuan untuk kelihatan cantik dan bersih, penjagaan kuku juga penting supaya kuku anda tidak dijangkiti penyakit. Antara masalah yang dapat dialami oleh kuku yang tidak dijaga adalah seperti penyakit cagu, kuku merekah, mudah patah, kusam, berwarna kekuningan atau kehitaman.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/search?q=tips+penjagaan+kuku

http://duniaherbs.com.my/v3/tips-penjagaan-kuku/

http://www.sihatselalu.com.my/2011/02/cara-penjagaan-kuku.html

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>