Tips Kesihatan : 6 Tips Sihatkan Minda

oie_Bxzp64Ts2nZb

Memiliki minda yang sihat dapat memberikan seseorang itu kehidupan yang lebih bahagia. Walaupun begitu, tahu tak anda bagaimana kita boleh menyihatkan minda kita? Selain tubuh badan, minda kita juga memerlukan tips penjagaan serta senaman bagi menyihatkan dan menguatkan minda. Oleh itu, tcm nak kongsikan dengan anda 8 tips bagi memiliki minda yang sihat.

 

8 Tips Sihatkan Minda

1. Berjalan Kaki

Berjalan kaki di tempat yang tenang dapat menyegarkan fikiran anda. Disamping dapat menghirup udara segar, anda turut dapat mengurangkan percakapan mental yang mengganggu fikiran logik dan fikiran konstruktif. Dengan menghabiskan masa dengan berjalan kaki di pinggir bandar, berdekatan sungai atau disekadar taman, fikiran kita akan lebih tenang.

 

2. Jauhkan Diri Dari Asap

Jauhkan diri anda dari sebarang pencemaran asap. Antaranya seperti asap rokok dan kenderaan. Seperti kita semua sedia maklum, asap rokok dapat memudaratkan kita. Salah satunya adalah dengan menjejaskan sel-sel otak kita dari menjadi lebih aktif. Walaupun kita bukan seorang perokok, terdedah kepada asap rokok turut membahayakan kesihatan kita.

 

3. Hilangkan Tekanan

Tekanan yang berlebihan dapat memudaratkan kesihatan. Jadi, belajarlah untuk uruskan diri menghadapi tekanan. Ketika di dalam tekanan, masalah yang kecil juga mampu menjadi besar. Dengan menghilangkan tekanan, selain membantu anda menyelesaikan masalah dengan lebih mudah. Anda juga dapat menyihatkan minda anda.

 

4. Kuatkan Imaginasi Anda

Seorang tokoh terkenal yang dikenali sebagai Einstein pernah berkata bahawa imaginasi lebih penting dari pengetahuan. Perkara ini terbukti apabila beliau menggunakan konsep tersebut pada beberapa ujikaji yang dijalankan dan seterusnya menemukan beliau dengan formula terkenal (E=MC2).

 

5. Amalkan Pemakanan Sihat

Pemakanan sedikit sebanyak turut mempengaruhi minda kita. Makanan yang sihat dan berkhasiat semestinya mampu memberikan anda minda yang sihat dan cergas. Selain makanan harian anda, anda juga boleh mengambil makanan tambahan yang diyakini selamat bagi meningkatkan kecerdasan minda anda. Selain memiliki minda cergas, tubuh badan anda juga dapat menjadi aktif dan sihat.

 

6. Belajar Bahasa Baru

Mempelajari bahasa baru dapat mengelakkan kita dari mengalami sindrom dementia (kemunduran otak) sehingga empat tahun menurut artikel yang dimuat naik pada New Scientist. Sebab mengapa perkara ini berlaku masih belum dapat dikenalpasti. Akan tetapi, ramai pakar yang berpendapat ia mempunyai kaitan dengan peningkatan peredaran darah dan hubungan saraf yang baik.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

http://www.goodhijab.com/10-tip-berfikiran-positif-untuk-lebih-bahagia-dan-lebih-sihat-minda/

http://www.hafizmohd.com/kesihatan/5-petua-asah-minda-aktif-cerdas/

http://uncangvitaminmama.blogspot.my/2015/07/7-tip-minda-sihat-fikir-lebih-hebat-mengalahkan-komputer.html

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>