Leukemia

oie_transparent

Leukemia merupakan barah pada darah atau sum sum tulang dengan bercirikan penggandaan sel darah putih yang tinggi. Penyakit ini terjadi disebabkan penghasilan sel darah putih yang berlebihan dan tidak dapat dikendalikan serta menyebabkan fungsi normal darah terganggu. Bagi pesakit leukemia, proses pengeluaran sel-sel darah putih terganggu. Masalahnya bermula apabila sel-sel yang tidak sempat matang terus membahagi dan membiak. Bilangan sel darah putih yang tinggi, dapat dilihat melalui mikroskop daripada ujian darah yang dijalankan. Akan tetapi, sel-sel tersebut tidak normal. Seterusnya ia tidak dapat bertindak bagi mengawal jangkitan kuman pada badan. Dengan kuantiti sel darah putih yang tinggi, ianya akan mengganggu keupayaan sum sum megeluarkan sel-sel darah yang lan. Seperti sel darah merah serta platelet.

oie_W7uMY2zXEm2F

Simptom2 leukemia :

  1. Kurang selera makan serta kurang berat badan
  2. Gusi bengkak dan berdarah
  3. Mudah lebam
  4. Mudah dijangkiti penyakit
  5. Sakit tulang dan sendi
  6. Tonsil bengkak
  7. Sakit kepala
  8. Bengkak abdomen(Disebabkan pembesaran hati dan limpa)
  9. Selalu lemah, letih dan lesu

 

Buat masa sekarang, masih belum diketahui lagi penyebab utama penyakit leukemia. Namun, kajian masih lagi terus dijalankan bagi mengenal pasti penyebab utama kepada penyakit tersebut. Namun, dapat disimpulkan beberapa faktor yang berpotensi menjadi pendorong kepada leukemia.

oie_oSAsiDgPG4E9

Faktor2 berkemungkinan penyebab leukemia :

  1. Virus dapat menyebabkan leukemia, seperti retrovirus, virus leukemia feline, HTLV-1 pada dewasa
  2. Penderita sindrom down khususnya kanak2 lebih berkemungkinan besar menghidapi leukemia berbanding kanak2 biasa
  3. Bahan kimia industri seperti insektisida
  4. Faktor persekitaran yang terdedah kepada radiasi dan pendedahan kepada bahan kimia toksik seperti benzene.
  5. Ubat yang digunakan untuk kemoterapi

 

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>